LEGO lancarkan model Technic skala 1:8 Lamborghini Sian FKP 37

oleh Mohamad Hanif|
Model kereta sports paling berkuasa dari Lamborghini, Sian FKP 37 akhirnya boleh didapati dalam bentuk LEGO Technic berskala 1 nisbah 8 secara rasmi dari LEGO.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

LEGO Technic Lamborghini Sian FKP 37 telah pun diperlihatkan buat kali pertama pada Frankfurt Auto Show 2019, di mana model ini terdiri daripada 3,696 kepingan LEGO yang dipakejkan kemas di dalam kotak berwarna lime green.

 


Sebagai sebuah model LEGO Technic, model ini menampilkan butiran yang cukup menarik seperti replika enjin V12, spoiler belakang yang 'berfungsi', sistem suspensi hadapan dan belakang, serta sistem stereng yang dilengkapi dengan logo Automobili Lamborgini.

Ia juga mempunyai rekaan pintu scissor yang berfungsi seperti model berskala sebenar, serta kotak gear sekuential lapan nisbah kelajuan yang berfungsi dan dikawal oleh paddle shifter.

 


Malah, layangan warna hijau lime pada badan kereta dan warna emas pada keempat-empat rim merupakan warna sebenar yang boleh didapati pada model Lamborghini Sian FKP 37.

Tidak cukup dengan itu, terdapat beberapa 'hadiah' yang didatangkan seperti kehadiran beg bermalam Lamborghini pada hud hadapan yang dilengkapi dengan kod siri unik.

 


LEGO Technic Lamborghini Sian FKP 37 boleh didapati di pasaran Amerika Syarikat bermula 1 Jun ini dengan harga dari $379.99 (RM1,655).

Setiap pembelian akan didatangkan dengan sebuah buku khas yang lengkap dengan langkah pemasangan, beserta gambar dan artikel temubual bersama individu yang terbabit di dalam projek ini.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Terdiri daripada 1,478 kepingan Lego, LEGO® Technic™ Yamaha MT-10 SP ini membawakan ukuran…
Berita Global
Bukan sekadar mengisi masa lapang, malahan ianya menjadi koleksi yang melambangkan kepuasan dan…
Gaya Hidup
Kit tersebut diasaskan dari model Volvo A60H Articulated Hauler yang didatangkan dengan 2,193…