Lego Technic Dodge Charger R/T 1970 - skala 1:3, cuma RM432.91 sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Bosan di rumah tak tahu nak buat apa?

Bagi peminat siri francais Fast and Furious, apa kata laburkan sedikit duit untuk anda mengisi masa lapang dengan memasang set lego Dodge Charger R/T 1970 yang dipandu oleh Dominic Toretto.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Set lego Teschnic Dodge Charger yang berskala 1:3 ini terdiri daripada 1,077 keping Lego dan menampilkan banyak komponen yang boleh bergerak.

 


Seperti contoh, hud enjin yang boleh dibuka untuk menampilkan enjin Hemi V-8 berkuasa 900 kuasa kuda lengkap dengan omboh yang boleh bergerak!

Sistem suspensi hadapan jenis double wishbone juga turut 'berfungsi' manakala di ruang bonet belakang dipasangkan dengan dua tangki nitrous oksida.

 


Untuk tujuan pameran, Lego turut memasang wheelie bar supaya anda boleh mengambil gambar seakan-akan Dodge Charger ini sedang memulakan pecutan - sama macam dalam filem pertama Fast and Furious.

Ini merupakan satu kit Lego yang sangat menarik untuk dipasang, apatah lagi filem kesembilan (Fast 9) telah pun dijadualkan kembali tarikh tayangannya pada tahun hadapan disebabkan COVID-19 yang melanda satu dunia.

 


Paling tidak, Dodge Charger R/T ini mampu menjadi satu hiasan meja kerja yang sangat menarik, dan mampu menjadikan kerja dari rumah anda lebih bersemangat.

Harga jualan bermula dari $99.99 atau RM432.91 dan boleh di pra-tempah menerusi laman jualan Lego.com, atau jualan secara rasmi bermula 27 April ini.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Terdiri daripada 1,478 kepingan Lego, LEGO® Technic™ Yamaha MT-10 SP ini membawakan ukuran…
Berita Global
Bukan sekadar mengisi masa lapang, malahan ianya menjadi koleksi yang melambangkan kepuasan dan…
Gaya Hidup
Kit tersebut diasaskan dari model Volvo A60H Articulated Hauler yang didatangkan dengan 2,193…