LEGO Technic Ford F-150 Raptor - 1,379 keping LEGO, bermula dari RM416

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada pandemik yang masih lagi belum reda, kebanyakan pengeluar automotif kini menghadapi masalah disebabkan kekurangan bekalan cip semikonduktor yang semakin kritikal.

Namun, anda tidak perlu untuk menghadapi masalah tersebut sekiranya apa yang anda ingin bina merupakan sebuah LEGO Technic Ford F-150 Raptor, produk terbaharu daripada LEGO Technic.

 


LEGO Technic Ford F-150 Raptor ini terdiri daripada 1,379 kepingan LEGO dan apabila ia siap dipasang, ia berukuran 419.1 mm panjang, 177.8 mm lebar, dan 152.4 mm tinggi.

Menurut LEGO, ia menampilkan beberapa ciri realistik seperti keempat-empat pintu yang boleh dibuka, penyerap hentak yang berfungsi, serta unit replika enjin V6 yang menampilkan pergerakan omboh bila hud dibuka.

 


Harga jualan untuk LEGO Technic Ford F-150 Raptor ini bermula dari $99.99 (RM416) dan ia akan mula dijual pada 1 Oktober ini.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
  Ia juga merupakan kali pertama sebuah jentera F1 dijelmakan semula dalam bentuk LEGO Technic,…
Berita Global
Namun dengan harga bermula dari $229.99 (RM969), anda mungkin tidak akan dapat kelengkapan seperti…
Berita Global
Dimensi replika Lamborghini Sián FKP 37 ini berukuran 4,980 mm panjang, lebar 2,101 mm dan tinggi 1…