LEKAS ditutup sementara Sabtu dan Ahad ini sempena 'RHB Lekas Highway Ride 2022'

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) akan ditutup sementara kepada semua lalu lintas mulai jam 5 petang Sabtu ini hingga 4 pagi keesokannya (Ahad) sempena edisi ketujuh acara berbasikal malam, 'RHB Lekas Highway Ride 2022'.


Ketua Pegawai Eksekutif Lekas, Wan Salwani Wan Yusoff berkata, penutupan jalan bermula dari Persimpangan Kajang Selatan hingga ke Persimpangan Paroi dengan sejumlah 19 persimpangan akan ditutup bagi memastikan kelancaran dan keselamatan bagi 5,618 peserta.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Dalam kenyataan malam ini, katanya, anggaran trafik pada tempoh penutupan selama 11 jam itu membabitkan 40,000 kenderaan.

 

Bagi laluan alternatif, pengguna dari arah utara (Kuala Lumpur, Cheras, Kajang) dan arah selatan (Seremban, Senawang dan Kuala Pilah) dinasihatkan menggunakan Jalan Persekutuan 1 atau Lebuhraya Utara Selatan.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Mohd Sapri…
Berita Domestik
"Ini merupakan satu perancangan yang kita katakan antara keutamaan. Kita ada lebuh raya LEKAS dan…
Berita Domestik
Dalam kejadian, sekumpulan mat rempit dilapor melakukan pelbagai aksi berbahaya seperti aksi…