Lelaki curi Myvi, polis kejar 40km sebelum ditahan

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Polis mengejar kenderaan curi dipandu seorang lelaki sejauh 40 kilometer (km) sebelum berjaya menahan lelaki itu di Jertih di Besut pada Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut Deputi Superintendan Md Sani Md Saleh berkata, suspek itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan berhubung kes pecah rumah dan kehilangan sebuah Perodua Myvi di Kampung Padang Luas di sini, 3.44 petang Sabtu.

Suspek berusia 42 tahun itu melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis sebelum ditahan selepas dikejar.

Suspek memiliki rekod lampau membabitkan jenayah, selain saringan ujian air kencing positif Methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457/379A Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman sehingga 4 Disember.

Artikel sepenuhnya di Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, sepasukan tujuh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Melaka Tengah bergegas ke lokasi sebelum…
Berita Domestik
Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian kira-kira jam 11 pagi di Kilometer 276 Lebuhraya Utara…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, siasatan awal mendapati lelaki…