Lelaki Ditahan Selepas Rosakkan Kenderaan JPJ Terengganu

oleh Qalif Latif|
Seorang lelaki berusia lingkungan 50-an ditahan polis selepas bertindak merosakkan sebuah kenderaan rasmi milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu dalam satu kejadian di Pusat Niaga Paya Keladi, Rabu lalu.
JAECOO Q4 MREC Banner Campaign November Starting: 3rd Nov

Menurut Pengarah JPJ Terengganu, Zamri Samion, insiden berlaku sekitar jam 9.45 pagi ketika beberapa pegawai jabatan itu sedang menghadiri kursus pengurusan aset di bangunan berkenaan.

Kakitangan kami mendapati kenderaan rasmi mengalami kerosakan dengan cermin hadapan retak, manakala cermin sisi dan penumpang sebelah kanan pecah dipercayai akibat perbuatan khianat. Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) membolehkan pihak polis menahan seorang suspek pada jam 2 petang hari sama,” katanya dalam sidang media di pejabat JPJ Terengganu, hari ini.

Zamri berkata, lelaki terbabit dipercayai menggunakan objek berbentuk batang kayu untuk merosakkan kenderaan berkenaan. Motif kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Beliau turut menegaskan, tindakan sedemikian sangat serius kerana melibatkan kerugian harta benda kerajaan serta berpotensi menjejaskan kelancaran urusan rasmi dan keselamatan anggota JPJ.

Sumber: HMetro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah JPJ Terengganu, Mohd Zamri Samion, berkata dalam satu operasi khas di Jalan Tok Adis-…
Berita Domestik
Menurut kenyataan itu, selain Lamborghini, JPJ turut menyita sebuah BMW 531i, Land Cruiser Prado,…
Berita Domestik
"JPJ Terengganu memandang serius kesalahan ini dan tidak sesekali berkompromi dan mengambil…