Semenjak keluaran pertama pada tahun 1985 dengan transmisi 5 kelajuan, RX-Z telah dikembangkan dengan beberapa generasi, antara yang popular dari keluaran 6 kelajuan pertama tahun 1989, Boss Energy, Millenium dan Catalyzer.
Baru-baru ini, seorang lelaki di Facebook dengan nama Danish Meng telah berkongsi gambar dalam satu hantaran menunjukkan 11 buah RX-Z Catalyzer dari tahun 2003 hingga 2011 miliknya yang berjaya dikumpul.
Tentu sekali apabila melibatkan RX-Z, ia berjaya menarik perhatian orang ramai, ada yang kagum dan teruja dengan koleksi tersebut, kerana umum mengetahui jika anda ingin memiliki sebuah RX-Z pada masa kini, ia tidaklah murah.
Sebelum ini juga kita dikongsikan dengan berita mengenai beberapa buah RX-Z yang telah dijual dengan harga mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.
Tidak cukup dengan itu, alat ganti dan komponen untuk RX-Z juga terkesan dengan jualan motosikal tersebut hingga menyebabkan kos untuk melakukan restorasi penuh menelan belanja hingga puluhan ribu ringgit.
Sumber: motomalaya