Lelaki maut, kereta terbabas di WCE

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan terbalik di Kilometer (KM) 254 Lebuh Raya Pesisir Pantai Barat (WCE) arah selatan berhampiran Trong dekat Taiping, tengahari tadi.

Mangsa berusia 25 tahun terbabit yang tersepit di bahagian pemandu kereta Proton Waja maut di lokasi kejadian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kecemasan berhubung insiden diterima kira-kira pukul 12.58 tengah hari.

 

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Trong dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan terbabit.

 

"Tiba di lokasi kejadian didapati sebuah kereta jenis Proton Waja telah terbabas di bahu jalan dan seorang mangsa lelaki telah tersepit.

 

"Komander operasi membuat size up dan mengarahkan anggota menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa," katanya.

 

Menurut Sabarodzi, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).