Lelaki pandu Proton Persona ditahan selepas dikejar tujuh kereta polis sejauh 15 km

oleh Penyumbang Rencana|
Polis menahan seorang lelaki selepas tujuh kereta peronda polis (MPV) mengejarnya sejauh 15 kilometer (km) dalam kejadian di Jalan Tebrau, pada awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, anggota cawangan MPV polis terserempak dengan kereta Persona dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan sekitar jam 2 pagi.

"Suspek yang berusia 31 tahun itu, melarikan diri dengan memandu kereta secara melulu, tujuh buah MPV polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan mengekori suspek sejauh 15 kilometer.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Kenderaan suspek akhirnya berjaya ditahan dalam masa 11 minit selepas merempuh pagar keselamatan di tepi jalan sebuah taman perumahan di Johor Bahru," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Raub, kereta Proton Persona dipandu suspek telah dirampas.

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah selain mempunyai lima rekod lampau berkaitan jenayah dan empat rekod kes dadah.

"Suspek direman selama empat hari bermula Rabu dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada penggunaan kereta-kereta pantas eksotik sebagai kereta pengiring dan kereta kei…
Berita Global
Selain daripada barisan kereta sports dan supercar, ada juga pihak yang mula menggunakan kereta…
Berita Global
Seperti contoh, penghantaran organ penting untuk tujuan perubatan. Selain daripada Itali, sebuah…