Lelaki pecah cermin kereta diburu polis

oleh SALINA JALIL|
Polis sedang memburu seorang lelaki yang bertindak memecahkan cermin kereta dan mengugut seorang wanita dalam kejadian di kawasan simpang empat Limbat di Kota Bharu kelmarin.


Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya sudah mengenal pasti suspek yang berusia 40 tahun selepas menerima laporan daripada mangsa yang berusia 35 tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, susulan itu polis telah menjalankan serbuan ke rumah suspek di Nilam Puri di sini kira-kira pukul 2.30 pagi tadi, namun lelaki tersebut dipercayai telah menghilangkan diri.

 

“Mengikut keterangan mangsa, dia memandu sebuah kereta jenis Perodua Axia seorang diri sebelum dihimpit sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu suspek kira-kira pukul 5.45 petang kelmarin.

 

“Lelaki itu secara tiba-tiba suspek telah menghalang laluan mangsa dan berhenti di tengah jalan. Suspek telah menghampiri kereta wanita itu sebelum memecahkan cermin kereta dan mengugut mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Muhamad Zaki memberitahu, disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 279 dan Seksyen 427 kanun sama.

 

Katanya, beliau mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak bertindak mengikut perasaan tanpa pertimbangan yang sewajarnya.

 

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi dua minit 17 saat yang dirakam oleh mangsa selepas kereta dipandunya dihimpit sebuah kereta jenis Toyota Vios.

 

Menerusi video itu, suspek dilihat keluar dari keretanya dan kemudian memecahkan cermin kereta yang dinaiki oleh mangsa. 

 

 

 

Utusan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Suspek berusia 40-an itu diberkas kira-kira pukul 12.25 tengah malam tadi sekitar daerah ini…
Berita Domestik
Akhirnya, sesuatu yang kita harapkan tidak berlaku akhirnya berlaku. Seorang pembonceng, Mimi…