Lelaki salah guna dana COVID-19 beli Urus, F-350 dipenjara 110 bulan

oleh Mohamad Hanif|
Seorang lelaki warga Texas berusia 30 tahun, Lee Price III terpaksa 'membayar' harga yang cukup mahal apabila disabitkan kesalahan menyalahgunakan dana COVID-19 yang dimohonnya sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lee Price III telah menggunakan pinjaman daripada Paycheck Protection Program (PPP) untuk membeli sebuah Lamborghini Urus, Ford F-350 dan beberapa item yang tidak diluluskan di bawah program tersebut.

Menurut US Department of Justice, Lee Price III pada awalnya berjaya memohon dana berjumlah $2.6 juta dengan memalsukan bilangan pekerja dan menggunakan tiga identiti yang berbeza sebelum sekadar mendapat sekitar $1.6 juta sahaja.
 

F350


Namun, Price juga dilaporkan menggunakan nama orang yang sudah meninggal dunia di dalam permohonan beliau, selain memalsukan rekod cukai.

Price mengaku bersalah atas tuduhan penipuan dan penggubahan wang haram, dan dijatuhkan hukuman penjara selama 110 bulan.

Pihak berkuasa juga turut merampas aset bernilai lebih daripada $700,000 yang telah diperoleh secara tidak sah.

Di bawah Coronavirus Aid, Relief and Economic Security (CARES) Act, dana tersebut diperuntukkan untuk menampung kos gaji, faedah gadai janji, utiliti dan sewa bagi perniagaan yang terjejas ketika pandemik.

Sumber: US Department of Justice

Berita Berkenaan

Berita Global
Seorang lelaki Kenneth Gaughan, 41 tahun telah ditahan pihak berkuasa atas kesalahan…
Berita Domestik
Sumbangan tersebut disalurkan kepada para petugas baris hadapan di Hospital Sungai Buloh, Hospital…