Lelaki tendang kereta Honda City (pemandu wanita) kerana kerap tekan brek!

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Gaya pemanduan seorang wanita yang didakwa selalu membrek kenderaan ketika di jalan raya, mencetuskan kemarahan seorang lelaki yang kemudian menendang pintu kereta mangsa hingga kemek.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, berdasarkan dua video tular yang berdurasi 11 dan tujuh saat di media sosial pada 4 November lalu, memaparkan seorang lelaki menendang sebuah kenderaan di Stulang Laut di Johor Bahru.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, siasatan awal terhadap video itu mendapati kejadian terbabit berlaku kira-kira 10.19 malam pada 31 Oktober lalu.

 

"Mangsa seorang wanita memandu kereta jenis Honda City warna hitam berada di persimpangan lampu isyarat berdekatan R&F Mall di Jalan Tanjung Puteri menghala ke Stulang Laut dihalang suspek iaitu seorang lelaki berusia 36 tahun dengan menggunakan kereta jenis Proton Wira warna kuning.

"Suspek turun daripada kenderaannya dan menghampiri kereta mangsa, serta mengarahkannya (mangsa) keluar. Namun mangsa tidak berbuat demikian kerana bimbang keselamatan diri.

 

"Suspek memarahi mangsa sebelum menendang pintu hadapan sebelah kiri kereta milik wanita itu hingga kemek. Susulan itu, mangsa yang takut meninggalkan tempat kejadian dan membuat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan semalam.

 

Raub berkata, susulan rakaman percakapan terhadap kedua-dua individu terbabit, suspek mengaku memarahi dan menendang pintu hadapan kereta milik mangsa kerana perselisihan faham serta tidak puas hati dengan cara pemanduan mangsa yang didakwa selalu membrek kenderaannya ketika berada di jalan raya.

 

"Dalam kejadian ini, mangsa mengalami kerugian anggaran RM500 dan kes dicadangkan sebagai Rujuk Lain Agensi (RLA) iaitu kepada pihak insurans.

 

"Polis menasihati orang ramai, khususnya pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan dan menerapkan sikap pemanduan berhemah dan sabar agar mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku," katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Chery Malaysia juga memberikan sebuah kereta untuk digunakan sementara proses itu berlangsung.…
Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
  Menurut laporan stesen penyiaran NDTV, KBA memaklumkan bahawa pengumuman itu melibatkan kereta…