Lelaki tunggu dengan kayu akibat mat rempit buat bising petang Raya

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Baru-baru ini tular video menunjukkan seorang lelaki berkain pelikat bertindak menunggu di tepi jalan dengan dua batang kayu selepas berang terhadap sekumpulan mat rempit membuat bising di Kemaman, Terengganu pada petang 1 Syawal.

Dalam kejadian pada pukul 6.45 petang itu, lelaki yang merupakan penduduk tempatan itu dilihat memegang dua batang kayu sehingga menyebabkan sebahagian mat rempit yang rata-ratanya masih berbaju Melayu melarikan diri.

Ketua Polis Kemaman, Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di persimpangan lampu isyarat KM157 Jalan Kuala Terengganu -Kuantan, dekat Geliga.

“Kertas siasatan dibuka berikutan penularan klip video 26 saat di media sosial sejak petang semalam."

“Kita juga sedang mengesan semua pihak terlibat dalam kejadian itu bagi siasatan lanjut,”

Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri, jika berlaku perkara tidak diingini.

Menurutnya lagi, kes itu disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

 

Sumber: Kosmo

 

@majoritiofficial Hantar sorang je, yang menggelupur seratus orang😆 Adik-adik.. kan banyak lagi aktiviti berfaedah macam kira bulu ayam, sikat bulu kambing. haihhh.. Berita penuh dalam artikel #kemaman #terengganu #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia ♬ jedag jedug capcut 2023 - afrian af

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam operasi yang bermula jam 11 malam itu, kelihatan kumpulan penunggang motosikal yang gah…
Berita Domestik
Dalam kejadian, sekumpulan mat rempit dilapor melakukan pelbagai aksi berbahaya seperti aksi…
Berita Domestik
Beliau berkata pihaknya sedang giat mengesan kesemua penunggang motosikal berkenaan bagi membantu…