Lelaki turap sendiri jalan berlubang siap tulis ‘duit saya’!

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar dari video
Seorang lelaki meraih perhatian netizen selepas dia menulis perkataan ‘duit saya’ menggunakan cat kuning di atas jalan raya yang baru diturap di Klang, Selangor.

Menurutnya, tindakan itu dibuat bagi memberikan mesej jelas bahawa kerja-kerja baik pulih jalan yang berlubang di kawasan itu dibuat menggunakan wang orang awam.

“Ini duit saya, ini duit anda, ini bukan duit Yang Berhormat (YB)!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Kita buat macam ni supaya mereka tak claim. Kalau tak, (walaupun) kita pakai duit sendiri, orang akan claim. Faham tak? Nasib baik faham,” ujarnya dalam video itu.

Menurut pengendali akaun X Naratif Rakyat, video itu dirakam di Taman Sentosa, Klang, Selangor.

Di ruangan komen, beberapa netizen turut mempertikaikan pihak berwajib di kawasan berkenaan yang didakwa gagal menyelesaikan masalah dihadapi rakyat.

“Kesian rakyat kita. Kena keluar duit sendiri padahal kita bayar cukai.

“Setiap motor, kereta lalu atas jalan ni, dia dapat pahala mengalir free.

“Tunggu YB lambat lagi la,” tulis netizen secara sinis.

Untuk rekod Taman Sentosa di Klang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa di bawah Parlimen Kota Raja.

 

Mstar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas…
Berita Domestik
  Projek terbahagi kepada lima fasa ini mengikut perancangan dan garis masa ditetapkan Jabatan…
Berita Global
  "Saya risau. Anak perempuan saya bekerja di bandar dan memandu di jalan ini setiap hari. Saya…