Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Facebook beliau sebentar tadi.
Bagaimanapun katanya, semua itu bakal diputuskan selepas beliau mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 hari ini.
“Syabas Lembah Klang kerana kadar vaksinasi cemerlang yang sudah mencapai lebih 80%! Dengan ini saya berpendapat bahawa Lembah Klang sudah boleh beralih ke fasa seterusnya.
“Semua ini bakal diputuskan selepas saya berbincang melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan Kabinet yang akan dipengerusikan saya nanti, InsyaAllah. Once again I am so proud of everyone involved and this remarkable achievement,” katanya menerusi hantaran di laman sosial berkenaan.
Terdahulu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memaklumkan, jumlah kumulatif pemberian vaksin sehingga jam 11.59 malam ini telah mencecah 34,027,548 dos.
Negeri terbanyak menerima dos vaksin sekurang-kurangnya satu dos ialah Lembah Klang 6,836,892 dan 5,563,589 dos kedua.
Lembah Klang adalah gabungan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.
Sumber: MalaysiaGazette