Lembu terperosok dalam but Proton Wira Aeroback selepas dilanggar

oleh Penyumbang Rencana|
foto Berita Harian
Seekor lembu jantan terperosok dalam but belakang kereta Proton Wira Aeroback selepas dilanggar kereta terbabit di Jalan Ulu Melaka di Langkawi, awal pagi Jumaat.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 1 pagi, bagaimanapun pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Video berdurasi 26 saat berkaitan kemalangan itu tular di laman Facebook.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata ketika kejadian, kereta dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun dari Jalan Ulu Melaka menghala ke Jalan Ayer Hangat.

“Sebaik tiba di tempat kejadian iaitu simpang tiga Jalan Ulu Melaka, sekumpulan lembu melintas dari kiri ke kanan jalan secara mengejut dan pemandu tidak sempat mengelak sebelum melanggar kumpulan lembu itu.

“Seekor daripada kumpulan lembu yang dilanggar itu telah melambung ke atas bumbung kereta sebelum terperosok dalam but belakang dipercayai akibat cermin belakang kereta pecah,” katanya dalam kenyataan pada malam tadi.

Shariman berkata, kemalangan itu menyebabkan bahagian hadapan kereta Proton Wira Aeroback remuk, bumbung kemek dan cermin belakang pecah.

“Bagaimanapun, pemandu kereta yang juga seorang pemandu pelancong berusia 26 tahun dari Kampung Kilim, Mukim Ayer Hangat tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kemalangan…
Informasi
  “Pakcik saya yang dalam kereta wira sudah meninggal. Semoga Allah merahmati dan menempatkan…
Berita Domestik
Katanya, satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan sebuah jentera fire rescue tender (FRT) dan…