Lencongan jalan dari Jalan Sultan Azlan Shah ke Jalan Tun Razak bermula hari ini

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Penutupan jalan dan lencongan trafik akan dilaksanakan di persimpangan lampu isyarat dari Jalan Sultan Azlan Shah (arah Sentul) menghala ke Jalan Tun Razak bermula esok hingga 4 November.


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan semalam, memaklumkan penutupan jalan itu bagi melancarkan kerja-kerja naik taraf persimpangan bertingkat di Lebuhraya Sultan Iskandar (Lebuhraya Mahameru), Jalan Tun Razak, Jalan Tun Ismail, Jalan Ipoh dan jalan di sekitarnya.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menurut kenyataan itu, trafik dari Jalan Sultan Azlan Shah (arah Sentul) menghala ke Jalan Tun Razak akan dilencongkan ke Jalan Sentul dan seterusnya ke Jalan Sentul Manis melalui pembukaan median baharu dan juga melalui Jalan Pahang untuk ke Jalan Tun Razak.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi isyarat papan tanda yang diletakkan di lokasi sebagai panduan bagi mengelakkan kekeliruan dan sebagai langkah keselamatan," katanya.

 

 

- BERNAMA

Berita Berkenaan

Informasi
  "Lencongan sementara ini adalah bertujuan untuk pelaksanaan kerja-kerja membaik pulih permukaan…
Berita Domestik
  Lencongan itu bermula dengan penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) MH 720 dari Jakarta,…
Informasi
  "PLUS sentiasa melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan…