LESEN MEMANDU ANTARABANGSA TAK SAH DIPAKAI DILUAR NEGARA?

oleh Firdaus Razani|
Jika anda melancong ke luar negara atau ke mana sahaja, anda pasti ingin mengembara atau pergi ke tempat-tempat menarik dengan kenderaan sendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk lakukan perkara itu, anda pasti memerlukan perkhidmataan kereta sewa untuk memudahkan pergerakan anda ke mana-mana sahaja.

Jika di dalam negara sendiri pasti tiada masalah untuk anda menyewa kenderaan kerana sudah pasti anda mempunyai lesen memandu yang sah digunakan.

Namun, jika di luar negara, untuk memandu sesuatu kenderaan, kebanyakannya undang-undang menetapkan untuk anda memerlukan permit lesen memandu antarabangsa (IDP).

IDP merupakan dokumen yang dikeluarkan oleh JPJ Malaysia atau Persatuan Automobil Malaysia sebagai terjemahan antarabangsa standard untuk maklumat lesen memandu tempatan anda.

 

Kredit gambar : Hazmin Hamudin

 

IDP biasanya mengandungi maklumat seperti nama pemegang lesen, gambar pemegang lesen, dan terjemahan lesen memandu tempatan anda ke dalam beberapa bahasa asing yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Walaubagaimanapun, terdapat sebab lain untuk IDP anda ditolak oleh pusat kereta sewa, antaranya adalah saiz IDP tidak mengikut standard piawai yang telah ditetapkan.

Undang-undang tersebut bukanlah ditetapkan oleh sesebuah negara itu, malahan ia telah ditetapkan sejak 1949 bahawa saiz IDP Antarabangsa perlu bersaiz 148 x 105mm.

Perkara ini terjadi kepada salah seorang rakyat Malaysia, Amir Shafiq yang ingin menyewa kereta di Jepun tapi ditolak oleh syarikat tersebut akibat saiz IDP dari Malaysia tidak mengikut saiz standard.

 

idp

 

Beliau berkongsi pengalaman tersebut di laman Facebook Group ‘Road To Japan’ dan terdapat satu komen pada hantaran itu yang menarik perhatian.

Berdasarkan komen seorang pengguna Facebook Adil Kamil yang berinteraksi dengan hantaran tersebut, beliau mendapati IDP yang dikeluarkan oleh JPJ Malaysia tidak mengikut standard yang telah ditetapkan, iaitu 152mm x 111mm.

Sebagai perbandingan, saiz standard yang dibenarkan ialah 148mm x 105mm.

 

idp

 

Oleh itu, beliau berpendapat untuk meminta ganti rugi atas perkara itu atau dibuat semula IDP tersebut supaya ia tidak menjadi masalah untuk masa akan datang.

 

SUMBER : Lesen2U , Facebook Group 'Road TO Japan'

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid menegaskan ia hanya melibatkan rakyat Malaysia…