Tujuan penangguhan ini ialah untuk mengelakkan kesesakan di pejabat-pejabat JPJ dan juga kerana beberapa negeri masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan.
Di bawah ialah dua pengecualian yang bakal diwartakan:
- Lesen Memandu dan LKM yang tamat antara 1 Februari hingga 31 Mac 2021 perlu memperbaharuinya dalam tempoh 60 hari bermula 1 April hingga 31 Mei 2021.
- Lesen Memandu dan LKM yang tamat pada mana-mana tarikh antara 1 April hingga 31 Mei 2021 perlu memperbaharuinya dalam tempoh 60 hari bermula dari 1 Jun hingga 31 Julai.
Pengecualian ini tidak diberikan kepada:
- Pemilik Kenderaan Perdagangan
- Pemegang Lesen Vokasional (GDL dan PSV).
Pemilik kenderaan perdagangan dan pemegang lesen GDL dan PSV boleh memperbaharui lesen-lesen mereka di semua kaunter pejabat JPJ, APAD, LPKP Sabah dan LKPK Sarawak di sepanjang tempoh PKP.