Lesen perniagaan tamat tempoh - JPJ serbu syarikat e-hailing InDriver

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyerbu sebuah syarikat Pengendali Perniagaan Pengantaraan (EHO) di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 7 September lalu kerana beroperasi dengan lesen perniagaan pengantara yang telah tamat tempoh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, siasatan mendapati, syarikat berkenaan mengendalikan aplikasi e-hailing dikenali sebagai InDriver.

 

Beliau berkata, serbuan dilakukan hasil risikan dan maklumat oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat Malaysia (APAD).

 

“Kami telah menyita beberapa peralatan komputer dan barangan pengiklanan operasi syarikat untuk siasatan lanjut seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 222, Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

 

“Tindakan itu juga selaras dengan Seksyen 12A APAD 2010, iaitu Syarikat disyaki mengendalikan atau mengadakan perniagaan pengantaraan tanpa lesen pengantara yang sah dan boleh disabitkan hukuman di bawah Seksyen 12A (1)(8).

 

“Jika sabit kesalahan, syarikat boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jikalau didapati bersalah,” katanya menerusi kenyataan hari ini (Rabu).

 

“Selain itu, orang awam yang menjadi penumpang perkhidmatan kenderaan e-Hailing ini juga adalah dinasihatkan untuk memastikan aplikasi tersebut adalah berdaftar serta dilesenkan supaya penumpang akan mendapat jaminan perlindungan insurans semasa menggunakan perkhidmatan tersebut,” katanya. 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…
Informasi
VOC mula diperkenalkan pada 2016 oleh JPJ bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan atau…