Lesen PSV - pemandu Grab dalam dilema

oleh Mohamad Hanif|
PERATURAN baru bagi Program Khas Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) dijangka menyebabkan berlakunya kekurangan pemandu e-hailing, khususnya pemandu sambilan.

Selain itu, pengguna dijangka berdepan dengan kenaikan kadar tambang khususnya pada waktu puncak serta tempoh menunggu lebih lama berikutan penguatkuasaan peraturan baharu perkhidmatan itu mulai esok.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pemandu Grab, Nur Nabilah Iffah Norsam, 28, berkata, peraturan itu memberi kesan kepadanya yang melakukan pekerjaan itu secara sambilan.

“Saya masih belum memohon PSV berikutan tuntutan kerja pada waktu siang. Tambahan pula, prosedur PSV agar rumit, jadi tiada masa nak buat semua itu.

“Kerja ini saya lakukan secara sambilan. Namun, apabila wujud peraturan seperti itu saya sedang mempertimbangkan sama ada untuk meneruskan atau berhenti terus daripada menjadi pemandu Grab selepas ini,” katanya.

Pemandu Grab, Izzul Akmal Safarudin, 29, berkata, dia baru saja menjadi pemandu Grab sepenuh masa selepas kehilangan kerja, pada bulan lalu.

“Saya sudah memohon PSV, namun belum diluluskan. Jadi saya tidak tahu apa yang akan terjadi kepada pemandu yang PSV masih belum diluluskan.

“Ada beritahu sekiranya tiada PSV, akaun kita akan digantung terlebih dulu dan ada yang cakap saya masih boleh memandu seperti biasa.

“Cuma menjadi kebimbangan kepada saya adalah sekiranya ditahan ketika masih tidak mempunyai PSV. Apa yang akan terjadi kepada saya nanti?” katanya.

Menurutnya, dia turut bimbang dengan kenaikan harga yang kemungkinan akan berlaku.

“Sekarang ini, lebih banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan e-hailing.
 


“Pengguna mungkin akan memilih perkhidmatan mereka rasakan lebih murah atau memilih untuk memandu kenderaan sendiri sekiranya kenaikan itu begitu mendadak,” katanya.

Sementara itu, pengguna Grab, Nur Izzati Nadzi, 30, berkata, dia sering menggunakan perkhidmatan itu terutama ketika waktu puncak.

“Pekerjaan saya memerlukan untuk bergerak ke merata tempat. Saya tidak suka memandu di sekitar ibu negara terutama ketika sesak.

“Setakat ini, kita tidak tahu berapa kenaikan itu. Namun, jika terlalu mahal saya mungkin akan memilih untuk memandu menggunakan kereta sendiri selepas ini,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Dengan memansuhkan ujian teori, mereka hanya perlu menduduki kelas teori secara fizikal atau…
Berita Domestik
  Adenan berkata, pihaknya turut mengesan sebanyak 111 kesalahan teknikal berkait tayar, cermin…
Informasi
  Katanya, perkhidmatan kaunter bagaimanapun memberi keutamaan kepada urusan berkaitan Kenderaan…