Lesen stesen minyak boleh ditarik jika bantah pemasangan CCTV

oleh Firdaus Razani|
gambar hiasan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menarik lesen operasi stesen minyak yang melarang pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dilaksanakan.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail, berkata pemasangan CCTV di stesen minyak di sempadan akan dilaksanakan tahun ini, sejajar usaha menangani masalah penyeludupan petrol dan diesel.

Beliau mengakui ada pengusaha stesen minyak membantah langkah pemasangan CCTV di premis dengan alasan tiada privasi dan faktor keselamatan.

"Kita tidak mengambil kira alasan berkenaan, apa yang pasti kita mahu memastikan aktiviti penyeludupan petrol dan diesel dapat ditangani.

"perbincangan berhubung perkara itu kini sudah di peringkat akhir.

"Pihak kementerian meminta saya membuat pemilihan stesen untuk pemasangan CCTV itu, membabitkan stesen minyak di Pengkalan Kubor, Rantau Panjang dan Bukit Bunga.

"Kita akan menarik lesen perniagaan pengusaha yang enggan membenarkan pemasangan CCTV dibuat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menerusi pemasangan CCTV berkenaan, pihaknya akan memantau terus dari pejabat dan boleh melihat aktiviti di stesen minyak berkenaan.

Azman yakin pemasangan CCTV mampu mengurangkan aktiviti penyeludupan dengan ketara.

Semalam, media melaporkan pam diesel di beberapa stesen minyak sekitar kawasan sempadan di sini, didapati lengang tetapi pam petrol sesak sehingga pelanggan perlu menunggu giliran membuat pengisian.

Berdasarkan hasil tinjauan antara jam 7 hingga 9 pagi tadi (semalam), pembelian berulang untuk pengisian RON95 dilihat masih berlaku walaupun kerajaan mengumumkan ia dilarang di semua stesen minyak di Kelantan bagi mengelak petrol bersubsidi diseleweng ke negara jiran.

 

SUMBER : BHonline

Berita Berkenaan

Informasi
“Cuma ada beberapa stesen yang memohon untuk membuka operasi sedikit lewat bagi memberi ruang…
Informasi
Perintah tersebut digubal di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) dan mewajibkan semua…
Informasi
Katanya, ia bertujuan bagi memastikan penyasaran ini benar-benar mencapai objektif yang disasarkan…