Menurut laporan dari BERNAMA, pihak APAD telah memberitahu bahawa tindakan itu telah diambil berikutan kegagalan syarikat tersebut dalam sesi Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) , ditambah dengan rekod kesalahan lampau dengan JPJ.

Semasa kejadian yang berlaku pada 29 Oktober lepas, bayi berkenaan maut setelah kereta dinaiki bersama keluarganya melanggar muatan siling yang terjatuh dari lori terbabit.
Menurut laporan, pemandu lori terbabit sempat melarikan diri dari tempat kejadian sebelum ditahan di sekatan jalan raya berdekatan Batu Melintang, Jeli, Kelantan pada hari yang sama.
Sumber: BERNAMA