Menurut laporan, John Szczecina (bukan John Cena), seorang pengurus stesen minyak Shell secara tidak sengaja meletakkan titik perpuluhan di tempat yang salah, menyebabkan harga jualan gasolin berubah menjadi $0.69 per gelen (RM3.04 per 3.79 liter), berbanding harga sebenar $6.99 per gelen (atau RM30.79 untuk setiap 3.79 liter).
Bercakap kepada KOVR Channel 13 News, "Ya, ia adalah satu kesilapan. Saya meletakkan ketiga-tiga harga di atas papan tanda kecuali diesel, namun harga yang dipaparkan (gasolin) itu tidak tepat.
Kesilapan meletakkan harga ini menyebabkan stesen minyak itu kerugian sebanyak $16,000 (RM70,480), menyebabkan keluarga Szczecina segera menjalankan kempen bantuan derma menerusi GoFundMe untuk membayar kembali kerugian tersebut.
Menurut peguamnya, Craig Simmerson percaya tidak akan ada tindakan undang-undang daripada pihak pengurusan stesen minyak berhubung kes sebegini.
Difahamkan, Szczecina kini sedang mencari pekerjaan baharu.
Sumber: KOVR Channel 13 News