LEVC L380 bakal masuk UK, kongsi bahagian dalaman yang mewah

oleh Muhammad Md Tajudin|
LEVC L380
LEVC L380
LEVC mahu beralih daripada pengeluar teksi mewah kepada peneraju penyedia penyelesaian pengangkutan elektrik.

Bukti pertama ialah pengenalan kenderaan pelbagai guna (MPV) elektrik L380. Jenama kumpulan Geely nampaknya semakin gah dengan MPV.

Bertempat di Hangzhou, China, LEVC mendedahkan bahagian dalam yang menunjukkan kemewahannya.

Tidak seperti MPV Zeekr 009 dan Volvo EM90 yang menggunakan pelantar SEA, L380 model pertama yang dibangunkan dari pelantar Space Oriented Architecture (SOA).

Pelantar SOA membolehkan panjang kenderaan dibuat dari 4,860 milimeter (mm) sehingga 5,995 mm. Ukuran maksimum itu lebih panjang daripada 009 dengan 5,209 mm.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
LEVC L380

 

Selamat untuk dikatakan panjang L380 setara 009 atau lebih panjang. Terdapat laporan yang mengatakan panjang L380 lebih 5,300 mm.

L380 ditawarkan dalam versi enam atau lapan tempat duduk. Gambar terbaru membuktikannya dengan enam tempat duduk jenis kapten.

Kerusi dibalut kulit separa anilina dan boleh dilipat untuk baring atau tidur. Bahagian dalam turut dihiasi fabrik Alcantara, riasan krom dan kristal.

Seperti kenderaan masa kini lain, skrin papan pemuka menonjol dengan saiz yang besar. LEVC memperakui bahagian dalam L380 dipengaruhi dunia penerbangan mewah.

 

LEVC L380

 

Satu lagi objek yang menyerlahkan saiz L380 ialah bumbung kaca panoramik berukuran 2.18 meter persegi dengan fungsi pemalapan pintar.

Bahagian dalam juga membawa campuran budaya dari China dan London.

Pada bahagian luar, tiada permukaan dramatik dengan membawa rekaan ringkas dan bentuk anggun yang diinspirasi dari aerodinamik pesawat.

Dipandang lama memang benar L380 (seperti namanya) ibarat badan kapal terbang.

 

LEVC L380

 

Bahagian sisi kelihatan tenang namun rekaan rim nampak rumit dan dipengaruhi London Eye.

LEVC menawarkan empat pilihan warna iaitu Pearl White, Ink Jade Black, Sapphire Blue dan Emerald Green.

Adunan kemewahan dan ruang optimum L380 diterajui oleh Ketua Pegawai Reka Bentuk Global LEVC, Brett Boydell dan kakitangannya yang bertugas di Ansty, United Kingdom (UK).

Selepas dilancar di China, L380 dijadual untuk memasuki UK dalam tempoh dua tahun akan datang.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

 LEVC L380.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, jenama itu sedia untuk memasuki pasaran China menerusi model minivan yang dinamakan sebagai…