Lewis Hamilton menjadi juara F1 bagi kali ke-4

oleh ONNY IZWAN|
Lewis Hamilton mungkin berada pada tempat nombor 9 di perlumbaan Formula One Grand Prix di Mexico sebentar tadi, tetapi kedudukan itu sudah cukup untuk menjadikan dia juara Formula One bagi kali keempat dalam kariernya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini juga menjadikan Hamilton warganegara Britain yang paling berjaya dalam sukan Formula One, dengan empat kejuaraan F1, lebih satu dari lagenda F1 Britain, Jackie Stewart.

 

LH44-1

 

Kejuaraan ke-4 ini juga menjadikan Hamilton sama dengan Sebastian Vettel dan Alain Prost. 

 

Pada permulaan perlumbaan di Mexico, Hamilton nyaris tidak dapat mengakhirkan perlumbaannya apabila dia berlanggar dengan saingan kejuaraannya, Vettel. 

 

LH44

 

Tetapi Hamilton tetap berjuang selepas menukar tayarnya yang pancit dan menaiki tempat kedudukan yang membolehkan beliau memenangi kejuaraan secara kiraan mata.

 

LH44-2

 

Perlumbaan di Mexico telah dimenangi oleh pemandu Red Bull Racing, Max Verstappen, dengan Valtteri Bottas ditempat kedua dan Kimi Raikkônen ditempat ketiga. 

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Lebih mengejutkan, bintang F1 itu juga diumumkan akan bersama pasukan Scuderia Ferrari pada tahun…
Berita Global
Kemalangan itu dipercayai berlaku di jalan terowong Penmaenbach yang terletak di Conwy, Wales di…
Berita Global
Biarpun bertukar pasukan, beliau tidak membatalkan tempahan untuk model edisi terhad Mercedes-AMG…