Lexus bakal lancarkan supercar bernadikan enjin V8

oleh Firdaus Razani|
Lexus kini bersedia untuk melancarkan supercar berenjin V8 baharu sebagai saingan kepada Aston Martin Vantage dan Mercedes-AMG GT dan pengganti kepada kereta prestasi bernadikan enjin V10, LFA.

Kereta konsep GT3 GR tegar syarikat induk Toyota, yang didedahkan pada 2022, kini telah berkembang menjadi prototaip yang telah dikesan berjalan di Spa-Francorchamps, Belgium.

 

lexus

 

Kini bahagian sukan permotoran Gazoo Racingnya dijangka menyediakannya untuk perlumbaan kateogri teratas yang termasuk Le Mans 24 Hours, pada tahun 2026.

Peraturan homologasi FIA menetapkan bahawa mana-mana pelumba GT3 berkongsi reka bentuk badan asasnya dengan kereta jalan raya yang berkaitan.

 

lexus

 

Jadi bagi versi asas bagi GT3 GR dijangka di bilik pameran dalam tempoh dua tahun akan datang.

Toyota sebelum ini berkata bahawa ia akan terus "mengkomersialkan kereta sukan permotoran daripada hanya menyesuaikan kenderaan pengeluaran untuk digunakan dalam sukan permotoran", seperti yang dilakukan dengan hatchback GR Yaris.

 

lexus

 

GT3 GR yang bakal berada di jalan raya berkemungkinan memakai lencana Lexus, bukannya Toyota, selaras dengan sejarah jenama premium kereta sport berenjin besar, termasuk LFA, LC 500 dan RC F.

Ia dijangkakan akan menggunakan enjin V8 dwi-turbo dan mungkin dipanggil LFR serta dijangka berkongsi unit itu tetapi dengan tambahan bantuan hibrid.

 

lexus

 

Tiada spesifikasi pelumba itu masih dikeluarkan, tetapi peraturan GT3 agak fleksibel, dengan kereta menghasilkan kira-kira 500-600bhp dan berat tidak melebihi 1300kg.

Aston Martin, BMW, Ferrari, Ford, Lamborghini, Lexus, McLaren, Mercedes-AMG dan Porsche semuanya kini menjual kereta pelanggan GT3.

 

Baca penuh di AutocarUK

Berita Berkenaan

Berita Global
Kuasa sistem 420hp, pacuan AWD dwi-motor RZ 600e F Sport Performance menghasilkan output sistem…
Berita Global
Dari Sedan Mewah ke Minivan Enam Roda Model Lexus LS yang pernah jadi simbol kemewahan sejak 1989…
Berita Global
Konsep Elektrik Dengan Rekaan Serba Tajam Konsep ini pertama kali muncul melalui kempen teaser “…