Lexus buka tempahan crossover UX 200 - tiga varian, bermula dari RM244k

oleh Mohamad Hanif|
SUV kompak Lexus UX 200 kini dibuka tempahannya oleh Lexus Malaysia bermula 17 Februari 2020, menandakan pelancaran rasminya yang bakal berlangsung kelak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Crossover mewah terkecil dari Lexus itu bakal ditawarkan dalam tiga versi untuk pasaran Malaysia, iaitu UX Urban, UX Luxury dan UX F-Sport, setiap satunya membawakan ciri dan elemen yang tersendiri. 

 


Lexus UX 200 dikuasakan oleh nadi empat silinder sebaris Dynamic Force 2.0 liter aspirasi natural menghasilkan 169 kuasa kuda dan 205 Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi automatik Direct Shift 10 nisbah kelajuan. 

Crossover yang dibangunkan penggunakan Global Architecture-C Platform ini memiliki dimensi sepanjang 4,496 mm dengan jarak antara roda 2,639 mm dan daripada platform ini, Lexus UX 200 mampu menawarkan karakteristik  yang dinamik, lebih jitu dan keseronokan pemanduan yang tersendiri. 
 


Tidak ketinggalan, sistem keselamatan Lexus Safety System + (LSS+), satu sistem integrasi yang menggandingkan penggunaan penderia dan kamera yang bukan sahaja memastikan keselamatan, juga menawarkan perasaan pemanduan yang lebih dipertingkat tanpa perlu risau halangan sepanjang perjalanan. 

Lexus Malaysia membawa masuk UX 200 secara rasmi (unit CBU) dengan jaminan pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan. 
 


Harga jualan adalah seperti berikut:
Lexus UX 200 Urban - RM243,888.00
Lexus UX 200 Luxury - RM283,888.00
Lexus UX 200 F-Sport - RM299,888.00

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Dari segi luaran, Lexus RX 500h F Sport ini membawakan kit badan yang jauh lebih sporti, dengan…
Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,875 unit terdiri daripada kenderaan berjenama Toyota, manakala…
Berita Domestik
Dikendalikan oleh PCM Klang Motor Sdn Bhd, Pusat Pameran Lexus Klang ini telah pun beroperasi sejak…