Lexus dedah teaser EV terbaharu, bakal diperlihatkan minggu depan

oleh Mohamad Hanif|
Tidak sampai beberapa hari sebelum pengenalan rasmi, Lexus telah menerbitkan sebuah video teaser kereta konsep elektrik yang bakal memperlihatkan gambaran kenderaan generasi baharu jenama mewah itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dimulakan dengan silhouette sisi kereta ini yang mengingatkan kita kepada model konsep Lexus LF-30 yang muncul kira-kira dua tahun yang lalu, di mana ia menampilkan garis bahu serta jarak kelegaan tanah yang telah ditinggikan, serta cermin sisi yang kecil, berkemungkinan besar menempatkan unit kamera.

 


Rupa hadapan model ini memperlihatkan unit lampu LED yang lebih tirus, rekaan gril spindle yang dikemaskini, serta logo Lexus yang beriluminasi.

Sementara bahagian belakang kereta ini menampilkan unit lampu LED yang tirus, rekaan bampar yang kompleks, arca roda yang ditambah fender flare (atau cladding plastik?) serta rekaan rim dua tona yang agak futuristik.

 


Sebelum ini, Lexus telah mendedahkan model baharu ini bakal menampilkan trenkuasa elektrik serta sistem pacuan DIRECT4 di mana motor elektrik ditempatkan pada kedua-dua gandar depan dan belakang serta menawarkan pengedaran kuasa yang lebih jitu.

Butiran lanjut berkenaan model baharu Lexus ini bakal diketahui dengan lebih terperinci tidak lama lagi.