Lexus Electrified SUV - SUV elektrik kedua Lexus selepas RZ 450e

oleh Mohamad Hanif|
Toyota (dan juga Lexus) mempunyai perancangan yang besar di dalam arena kenderaan elektrik, dengan tidak kurang 15 buah EV baharu yang bakal diperkenalkan pada masa akan datang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Daripada 15 buah EV, tujuh daripadanya merupakan model khusus untuk Lexus.
 

Lexus


Selepas memperlihatkan SUV elektrik RZ 450e yang merupakan adik beradik kepada Toyota bZ4X dan Subaru SolTerra, Lexus kini menampilkan sebuah lagi SUV elektrik dengan dimensi yang jauh lebih besar, dinamakan sebagai Lexus Electrified SUV.

Dari segi penampilan, ia membawakan reka bentuk yang lebih maskulin dengan garis bumbung yang lebih rata, arka roda yang berisi, rekaan pemegang pintu yang tertanam kemas, serta tidak ketinggalan rekaan gril spindle ikonik Lexus.

Sementara bahagian belakang pula menampilkan bampar yang agak agresif, diikuti dengan bar lampu LED yang melintang penuh, dan ejaan jenama LEXUS.

 

Lexus


Menjelang tahun 2030, Toyota dan Lexus mensasarkan sehingga 30 buah EV dengan sasaran jualan 3.5 juta unit di peringkat global.

Lexus juga akan menjadi sebuah jenama kenderaan elektrik sepenuhnya di Eropah, Amerika Syarikat dan China dengan sasaran jualan kira-kira 1 juta EV.