Lexus ES 2019 - makin matang, tapi makin seksi; RX facelift - masih kekalkan kekuatan

oleh HEZERI SAMSURI|
Lexus Malaysia petang tadi melancarkan dua model paling popular mereka, ES dan RX.

Majlis pelancaran dilakukan di Bukit Kiara dan sesuai dengan prestij jenama tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lexus ES250 Generasi Ke-7 - matang tapi seksi (dari RM299,888)

ES, sedan segmen D ini ialah generasi ketujuh dan sejak diperkenalkan dalam tahun 1989, sudah lebih dari 2.3 juta unit terjual di seluruh dunia.

Masih kekal sebagai model pengenalan (entry level) untuk sedan segmen D mewah bagi jenama premium Jepun itu, ES model 2019 menggunakan platform serba baharu yang secara dasarnya datang dari keluarga TNGA yang digunakan untuk pelbagai produk-produk lain dari Toyota dan juga Lexus.

Ia tidak lagi menggunakan platform kongsian bersama Camry, dan ia bermakna ES kali ini benar-benar unik untuk Lexus sahaja.

 

 

Enjin A25A-FKS 2.5L empat silinder sebaris lengkap dengan VVT-iE (Variable Valve Time - Intelligent by Electric Motor) yang diberikan untuk ES ini menghasilkan 204 hp dan 247 Nm, dan tenaga dialirkan kepada roda hadapan melalui transmisi 8-kelajuan Direct Shift dengan fungsi Artificial Intelligence Shift Control.

Transmisi 8AT Direct Shift ini juga menggunakan teknologi bahan geseran untuk klac di dalamnya, mengurangkan kehilangan tenaga sehingga 50 peratus berbanding dengan transmisi automatik 6-kelajuan biasa.

 

 

Ciri keselamatan tidak dilupakan - ES kali ini diberikan pakej Lexus Safety System + (LSS+) termasuk teknologi keselamatan aktif.

Keselesaan penumpang memang menjadi fokus utama, dan tradisi itu diteruskan. Tempat duduk belakang kini boleh diubah posisi menggunakan kuasa elektrik.

Dari segi rekabentuk, ia semakin meninggalkan imej "kereta uncle" kerana generasi ketujuh ini menampilkan bumbung belakang yang lebih rendah dan sporty, ibarat sebuah "coupe".

 

 

Lexus RX facelift - tampil lebih bergaya (dari RM399,888)

Kali pertama Lexus menawarkan SUV mewah ini ialah pada tahun 1998 dan ia terus mencapai status legenda.

Selesa, lasak dan praktikal, RX menjadi pilihan ramai pengguna segmen premium yang mahukan kenderaan selesa dan boleh diharap, bukannya yang sering keluar masuk bengkel.

Malah, harga terpakai RX juga masih antara yang terkuat di dalam pasaran.

Varian terbaharu ini diberikan sedikit perubahan kosmetik - bamper depan dan belakang baharu, garisan pada badan yang lebih agresif serta gril spindle dengan lampu hadapan dengan DRL yang nampak tajam.

 

 

Untuk pemandu, sistem hiburan dengan skrin sentuh 12.3 inci itu kini boleh disambungkan ke sistem Android Auto (walaupun Android Auto tidak ada secara rasmi di Malaysia) dan Apple CarPlay.

Selain dari itu, RX kali ini juga dilengkapkan dengan paddle shifters, pemegang henfon di konsol tengah dan slot-slot USB di depan dan di belakang. Pengecas tanpa wayar juga ada disediakan.

Untuk mereka yang sering berjalan malam, RX baharu diberikan Sistem Lampu Tinggi Adaptif (AHS) jenis BladeScan yang pertama di dunia.

 

 

Ia membenarkan pemandu terus menggunakan lampu tinggi tanpa menyilaukan mata pemandu lain di hadapan.

Enjin kekal unit 2.0L 4-silinder Atkinson Cycle TwinScroll turbo dengan Dual VVTi-W yang menghasilkan 235 hp dan 350 Nm. 

Seperti ES, RX ini juga menikmati pakej keselamatan Lexus Safety System + (LSS+).

Kedua-dua model ini didatangkan dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan. Di bawah ialah senarai harga lengkap kesemua varian ES dan RX.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Global
   Sama seperti kereta Lexus, bahagian luar adalah terjemahan kepada falsafah reka bentuk L-…
Berita Global
  Untuk NX 2024, beberapa penambahbaikan dibuat seperti pengukuhan ketegaran badan dan talaan…