Lexus GS kereta terpakai paling digemari di UK - Kajian Driver Power 2021

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lexus GS300h
Lexus GS300h
Bukankah menarik jika negara kita mempunyai anugerah kereta terpakai tahunan? Dengan penilaian dari pakar industri, ianya boleh membantu pengguna membuat pilihan.

Ianya juga memberi isyarat kepada pengeluar bahawa pengalaman pemilikan kereta yang baik bermula dari penjualan sehingga bertahun-tahun selepas itu.

Inilah yang dilakukan oleh Toyota sejak dahulu lagi dan jarang kedengaran rungutan dari pemilik.

Toyota memfokuskan kepada satu perkara iaitu model keluarannya mestilah boleh diharap dan dipercayai.

Di United Kingdom, majalah jual beli berkaitan kereta iaitu Auto Express menganjurkan satu anugerah kereta terpakai yang dikenali sebagai Driver Power Used Car.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Auto Express

Anugerah ini menyenaraikan kereta terpakai terbaik UK dengan tinjauan yang melibatkan lebih 30,000 pemandu menilai pemilikan kenderaan terpakai mereka.

Siapakah pemenang tahun ini? Lexus GS dan tidak menghairankan apabila mendengar nama pengeluarnya.

Seperkara lagi yang menarik ialah jenama Eropah membuat kemunculan semula dengan menduduki lima tempat selepas beberapa tahun didominasi pengeluar Jepun dan Korea.

Penilaian oleh pemandu melibatkan 35 aspek termasuk laporan verbatim dan selepas itu data dianalisa bagi membentuk kedudukan 75 model dan pengeluar paling popular.

 

Lexus GS300h

 

Skop penilaian merangkumi prestasi, keselesaan, penjimatan, kualiti binaan, info hiburan, ketersambungan dan ciri-ciri keselamatan.

Kebolehpercayaan (reliability) turut dinilai berdasarkan jumlah kerosakan yang dilaporkan.

Lexus GS memenangi Driver Power Used Cars 2021 dengan mencatat markah 92.73 peratus dan Auto Express memaklumkan model itu mencatat markah yang sangat konsisten merentasi kesemua aspek penilaian.

Lexus memang cemerlang, bukan sahaja model GS, ada tiga lagi model yang memasuki senarai dengan RX Mk3, CT, dan RX Mk4 masing-masing berada di tempat keempat, keenam dan ketujuh.

Menduduki tempat kedua ialah Skoda Superb Mk3 dengan markah 92.31 peratus dan ditempat ketiga ialah BMW 3 Series Mk3 (G20) yang mencatatkan markah 91.56 peratus.

 

Skoda Superb Sportline

 

Selain Skoda dan BMW, dua lagi jenama Eropah yang memasuki senarai sepuluh terbaik ialah Renault dan Porsche.

Turut berada di dalam senarai ialah Ford Mondeo Mk5 dengan markah 88.69 peratus dan berada di tempat kesepuluh.

Jika dibuat kiraan, perbezaan kepuasan di antara tempat pertama dan kesepuluh hanyalah empat peratus sahaja.

 

BMW 3 Series G20

 

Di sebalik penilaian dan kedudukan ini, Auto Express turut berkongsi satu maklumat menarik di mana untuk setiap kereta baharu yang terjual di UK, empat kereta terpakai bertukar tangan.

Ini menunjukkan penilaian sebegini memang penting dan pasti menarik jika turut dibuat di negara kita.

Sudah sampai masanya industri kereta terpakai diperkasakan dan hak pengguna perlu lebih dilindungi.

Berikut ialah senarai sepuluh kereta Driver Power Used Cars 2021:

  1. Lexus GS: 92.73%
  2. Skoda Superb Mk3: 92.31%
  3. BMW 3 Series Mk7 (G20): 91.56%
  4. Lexus RX Mk3: 91.07%
  5. Toyota Prius Mk4: 90.28%
  6. Lexus CT: 90.22%
  7. Lexus RX Mk4: 90.16%
  8. Porshce Macan: 90.14%
  9. BMW 5 Series Mk7 (G30): 88.84%
  10. Ford Mondeo Mk5: 88.69%

*Mk = generasi model.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Markah yang diperolehi Kia Sorento ialah 92.05 peratus dan turut dipilih dalam memiliki…