Mengikut spesifikasi, sedan terkecil Lexus itu dikuasakan oleh nadi bentangan V8 5.0 liter yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 475 hp dan daya kilas 535 Nm.

Kuasa itu disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi automatik lapan kelajuan, dibantu dengan komponen LSD Torsen.
Melengkapkan lagi penawaran sedan sports itu adalah penggunaan sistem suspensi adaptif AVS, peredam prestasi, serta penggunaan rotor brek yang lebih besar (356 mm depan, 323 mm di belakang).

Dari segi luaran, IS 500 F Sport Performance ini mendapat kit badan yang lebih sporti, rim aluminium tempa bersaiz 19 inci, angkup brek berwarna hitam, pemasangan spoiler lip, serta diffuser yang menempatkan dua tip ekzos bertindih kiri dan kanan.
Ruang kabin pula didatangkan dengan balutan upholsteri Ultra Suede beserta logo F Sport, tempat duduk berventilasi, roda stereng balutan kulit, skrin kluster instrumen serta skrin infotainmen bersaiz lapan inci.

Lexus IS 500 F Sport Performance akan ditawarkan di Jepun bermula 25 Ogos ini, dan hanya 500 unit model First Edition yang akan ditawarkan menerusi cabutan undi.