Lexus LC 500 2020 dilancarkan di Malaysia pada harga RM1.25 juta

oleh SALINA JALIL|
Lexus LC 500 2020 kini telah dilancarkan oleh Lexus Malaysia, dengan harga RM1.25 juta, tidak termasuk insurans, bersama jaminan lima tahun tanpa had batuan.


Model terbaharu ini diimport sepenuhnya dari Jepun (CBU) dan berharga lebih mahal dari dahulu tetapi mempunyai beberapa pembaharuan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah satu pembaharuan adalah dari segi beratnya yang telah dikurangkan sebanyak 10 kilogram dengan penggunaan aluminium pada suspensi, anti-roll bar berdiameter lebih besar, spring berkekuatan tinggi dan rim 21 inci yang lebih ringan.

 

Selain itu dari segi pengendalian, LC 500 ini  menggunakan penyerap prestasi baru di bahagian belakang, serta sistem Adaptive Variable Suspension (AVS) yang diperbaharui. Ia turut dilengkapi dengan fungsi Active Cornering Assist (ASA) – pembahagian tork menggunakan brek – manakala sistem stereng (termasuk Rear-wheel Steering) ditambahbaik untuk memberi tindakbalas yang lebih baik.

 

LC 500 2020 didatangkan dengan enjin petrol V8 NA 5.0 liter 2UR-GSE iaitu enjin yang sama seperti dahulu. Ia mampu menghasilkan kuasa 470 kuasa kuda dan 540 Nm tork, dengan transmisi automatik Direct Shift 10 kelajuan.

 

Di bahagian luar pula, Lexus LC 500 ini masih mempunyai rupa bentuk yang sama, tetapi dengan dua lagi pilihan warna tambahan iaitu Blazing Carnelian Contrast Layering dan Terrane Khaki Mica Metallic.

 

Untuk bahagian kabin pula, anda diberi pilihan untuk memilih kemasan warna merah, hitam atau oren.

 

Sistem infotainmen Remote Touch pada LC 500 kini datang dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, dan ia dipaparkan pada skrin 10.3 inci yang lebih besar, dengan resolusi 1280 x 480 piksel.

 

Turut ditambah adalah ciri Power Easy Access, yang membantu pemandu untuk masuk dan keluar dengan melaras tempat duduk serta stereng secara automatik.

 

 

LC 500 didatangkan dengan lampu utama dari jenis LED projector dan lampu DRL LED, pengawal suhu dua zon automatik, sistem bunyi 13 pembesar suara Mark Levinson, panel instrumen digital lapan inci, tempat duduk yang dibalut Alcantara, bumbung gentian karbon, limited-slip differential Torsen serta spoiler belakang aktif.

 

Tambahan lain bagi model 2020 ini adalah sistem keselamatan dan bantuan pemandu Lexus Safety System+ (LSS+), yang termasuk Front Pre-Collision System (PCS), Automatic High Beam (AHB), Lane Keeping System, Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) dan lapan beg udara.

 

 

Careta berbesar hati kerana kami telah diberi peluang memandu uji Lexus LC 500 (model terdahulu) sebelum ini, video di sini:

 

 

headlight

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Dari segi luaran, Lexus RX 500h F Sport ini membawakan kit badan yang jauh lebih sporti, dengan…
Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,875 unit terdiri daripada kenderaan berjenama Toyota, manakala…
Berita Domestik
Dikendalikan oleh PCM Klang Motor Sdn Bhd, Pusat Pameran Lexus Klang ini telah pun beroperasi sejak…