Lexus LFA Nurburgring Edition kini mencecah RM6.76 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Ketika Lexus LFA mula menerjah dunia dengan unit penghasilan cuma 500 unit sahaja, Lexus menjual supercar pertama mereka dengan harga jualan $375,000 sementara versi Nurburgring pula sedikit mahal, bermula dari $445,000 bergantung kepada pilihan warna.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disebabkan cuma 500 unit sahaja, produksi LFA bertahan sekitar dua tahun sahaja.

Salah satu unit Lexus LFA Nurburgring Edition yang disenaraikan menerusi bidaan RM Sotheby's telah berjaya dijual pada harga $1.6 juta (RM6.76 juta), jauh lebih tinggi berbanding harga asal di mana pada mulanya, pihak RM Sotheby's menjangkakan versi Nurburgring itu dijual pada harga anggaran maksimum $1.1 juta.
 

LFA N


Sebagai perbandingan, sebuah Lexus LFA 2012 versi standard yang dijual menerusi rumah bidaan yang sama mencatatkan angka $819,000 (RM3.46 juta).

Unit yang dijual ketika Monterey Car Week ini membawakan nombor casis #303 dan merupakan salah satu unit yang dijual di Amerika Syarikat berwarna hitam.

Menurut keterangan, Lexus LFA Nurburgring Edition ini memiliki jarak perbatuan sekitar 1,500 km sahaja.
 

LFA N


Mungkin pemilik terdahulu merasa teragak-agak untuk membawa supercar edisi Nurburgring bernadikan enjin 4.8 liter V10, di mana dalam keadaan standard sudah cukup untuk menghasilkan 562 kuasa kuda, atau 10 kuasa kuda lebih berkuasa berbanding model standard.

Antara ciri unik LFA Nurburgring termasuklah splitter gentian karbon, sayap belakang jenis kekal juga daripada gentian karbon, skirt sisi karbon serta rim BBS yang diperbuat daripada bahan magnesium.

Dan tidak ketinggalan, sentuhan Yamaha terhadap LFA bagi menjadikannya salah satu supercar dengan runut bunyi yang paling unik pernah dihasilkan sehingga kini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Supercar berenjin V10 dengan runut bunyi yang nyaring itu kini menjadi buruan para pengumpul, dan…
Berita Global
Dalam satu laporan tahunan yang diterbitkan oleh Toyota, amat mengejutkan apabila Lexus berjaya…
Berita Global
Dengan produksi yang terhad kepada 500 buah sahaja, Lexus LFA merupakan antara supercar yang jarang…