Lexus LM 2024 bakal muncul di Auto Shanghai 2023

oleh Mohamad Hanif|
Setelah empat tahun memperkenalkan Lexus LM (secara asasnya Alphard/Vellfire yang lebih mewah), Lexus bakal menggemparkan acara Auto Shanghai 2023 dengan kemunculan Lexus LM "serba baharu".
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Buat masa ini, tiada sebarang perincian berhubung spesifikasi model minivan tersebut, melainkan sekeping gambar yang memperlihatkan rekaan tiang D yang lebih berbeza berbanding LM sedia ada.

Terdapat kemungkinan besar Lexus LM 2024 ini merupakan model generasi baharu, dan bukannya model facelift memandangkan asas Toyota Alphard sudah pun berada di pasaran sejak tahun 2015 lagi dan bakal digantikan dengan model generasi keempat pada tahun ini.

 


Pasaran Malaysia menerima kehadiran Lexus LM pada tahun 2021 dengan membawakan nadi bentangan V6 3.5 liter (2GR-FKS) yang mampu menghasilkan 296 hp dan 361 Nm, dipadankan dengan transmisi Direct Shift CVT lapan nisbah kelajuan.

Pada ketika itu, Lexus LM dijual pada harga bermula dari RM1,148,000.

Generasi baharu Lexus LM 2024 dijangka muncul di Auto Shanghai yang akan bermula pada 18 April ini.

Baca: Lexus LM 350 (Malaysia)

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tambahan dua tempat duduk di belakang bermakna bos syarikat boleh membawa lebih ramai pegawai…
Berita Global
Kehadiran model Denza D9 mampu memberikan cabaran kepada model pesaing seperti Lexus LM, Volvo EM90…
Berita Global
  Berkenaan enjin, hanya satu pilihan yang ditawarkan iaitu 2.5 liter hibrid berkuasa 247 bhp dan…