Lexus LS 2021 facelift - Lexus kata lebih senyap, lebih selesa

oleh Mohamad Hanif|
Lexus LS merupakan sedan mewah bersaiz penuh dan berperanan sebagai sedan bertaraf mercu di antara sedan-sedan yang ditawarkan oleh Lexus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk tahun ini, Lexus membawakan perubahan besar terhadap sedan generasi kelima semenjak pelancaran yang dibuat pada tahun 2017.

Lexus LS 2021 membawakan perubahan stail yang menyamai apa yang ditawarkan pada model sedan IS yang lebih kecil, dimulakan dengan front fascia yang menampilkan rekaan lampu serba baharu, lampu utama dengan lampu nyalaan siang berbentuk L, serta rekaan bumper yang diberikan kemaskini.

 


Selain daripada itu, warna asal mesh grille telah digantikan dengan layangan warna metalik gelap.

Di bahagian belakang pula tidak membawakan perbezaan yang ketara selain daripada lampu LED dengan rekaan ikonik L, serta rim baharu bersaiz 20 inci yang dikhususkan untuk model F-Sport.

 


Perubahan yang dibawakan pada ruang dalaman pula terdiri daripada skrin infotainmen lebar bersaiz 12.3 inci, sambungan kepada SmartDeviceLink, Apple CarPlay dan Android Auto, serta penambahan butang fungsi baharu pada papan pemuka.

Kemasan dalaman pula menampilkan trim baharu yang digelar sebagai 'Nishijin & Haku' - kemasan yang menggabungkan brokat Nishijin dan dekorasi dedaun keluli - serta sementara tempat duduk pula menampilkan penggunaan bahan urethane jenis low-resilience pada pad kusyen serta kesan jahitan yang lebih mendalam untuk mendatangkan keselesaan ketika pemanduan.

 


Aspek keselesaan diteruskan dengan penggunaan sistem suspensi serba baharu dikenali sebagai Adaptive Variable Suspension bagi mengurangkan kesan daya redaman, perubahan pada cagak enjin bagi mengurangkan gegaran disalurkan ke ruang kabin dan dibantu dengan bar pengimbang untuk prestasi pemanduan yang dipertingkat.

Kadar kesenyapan pula dikurangkan dengan ciri Active Noise Control dan talaan Engine Sound Enhancement, manakala untuk versi hibrid pula ia mampu dikurangkan lagi dengan merendahkan kadar putaran enjin maksimum ketika fasa pecutan.

 


Masih lagi berkisar dengan model hibrid, Lexus LS 500h kini mendapat manfaat pecutan yang lebih lancar dengan adanya bantuan daripada pek bateri, manakala untuk model Lexus LS 500 turut mendapat manfaat yang serupa, terima kasih kepada daya kilas awalan yang dipertingkat, masa penukaran gear yang lebih baik dan julat pecutan yang lebih meluas untuk setiap gear, sekaligus mengurangkan kadar downshift yang lebih kerap.

Antara ciri pertama yang diperkenalkan untuk pasaran Jepun adalah bantuan pemanduan termaju dengan kepintaran pintar Lexus Teammate, di mana ciri Advanced Drive menyokong bantuan pengekalan laluan, memastikan jarak antara kenderaan, penukaran laluan, dan memotong kenderaan lain ketika di lebuh raya.

Manakala ciri Advanced Park pula menggunakan integrasi kamera dan penderia ultrasonik untuk bantuan parkir secara automatik.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, sistem Advanced Drive ini mampu menawarkan sokongan pemanduan di bawah pemantauan…