Lexus LY680, kapal persiar mewah baharu lebih panjang, enjin Volvo IPS, 15 penumpang

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lexus LY680
Lexus LY680
Syarikat kenderaan Jepun dengan air perkara biasa. Ada yang buat enjin sangkut dan ada yang menawarkan kapal persiar seperti Lexus.

Terbaru Lexus memperkenalkan kapal persiar mewah LY 680 yang merupakan pembaharuan kepada LY 650.

Konsep LY atau Luxury Yacht ialah untuk merasai seperti tempat persembunyian di tengah laut yang menyediakan ruang kepada pelanggan untuk merasa bebas dan tenang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Lexus LY680

  

Sama seperti kereta Lexus, bahagian luar adalah terjemahan kepada falsafah reka bentuk L-finesse.

Bahagian dalam dibuat dengan teliti sehingga kepada perincian kecil bagi menyediakan ruang yang selesa.

Pengeluaran LY 680 dibuat oleh Horizon Group yang memilki reputasi dalam pembinaan kapal persiar.

Menariknya, pembinaan LY 680 turut menggunakan kaedah berasaskan Sistem Pengeluaran Toyota (TPS) dan kedua-dua syarikat memanfaatkan kepakaran masing-masing.

 

Lexus LY680

 

Bahagian flybridge (dek) atas dipanjangkan sebanyak 1,400 milimeter (mm) dan mempunyai ruang rehat yang luas dan pelanggan boleh memesan tempat memanggang.

Pelantar renang (belakang) dipanjangkan kepada 700 mm untuk penumpang menikmati pelbagai kegiatan termasuk kenderaan air peribadi.

Kapal persiar dengan ukuran panjang 67.7 kaki dan lebar 18.9 kaki boleh memuatkan 15 penumpang dan mereka boleh tinggal di tiga bilik yang mempunyai enam katil.

 

Lexus LY680 2024

 

Memacu LY 680 di lautan ialah enjin Volvo Penta IPS berkembar 1350/1050. Kapasiti tangki bahan api sebanyak 4,012 liter dan 852 liter untuk air bersih.

Pelanggan di Jepun boleh menempah LY 680 melalui pejabat jualan Toyota Marine dan pengedar terpilih bermula 21 Mac.

Menyiapkan kapal persiar memakan masa dan penghantaran LY680 dijadual pada 2026.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Lexus LY680 2024