Lexus NX guna Yamaha Performance Damper, kereta jadi lebih sedap!

oleh Muhammad Md Tajudin|
LEXUS NX dengan Yamaha Performance Damper
LEXUS NX dengan Yamaha Performance Damper
Menarik sebenarnya untuk mengkaji inovasi dan teknologi pada kejuruteraan kereta. Ianya bukan sahaja tentang enjin tetapi juga dari segi pemanduan dan pengendalian.

Dua aspek tersebut menjadikan sesebuah kereta itu sedap, selamat dan selesa untuk dipandu dan dinaiki.

Di antara komponen aftermarket untuk menjadikan kereta sedap dipandu dan sering dikempen ialah palang penstabil (stabilizer bar) pada ruang enjin dan bawah kereta.

Tidak salah pun untuk menggunakannya dan ada pengeluar yang siap-siap memasang palang penstabil dari kilang lagi.

Pemilik juga perlu menjenguk ke bahagian bawah kereta dan sama seperti di ruang enjin ada pengeluar yang sudah siap memasang palang anti oleng.

Cumanya, mungkin palang aftermarket berbeza dari segi saiz selain penampilan lebih menarik dalam aneka warna.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
LEXUS NX 350h

 

Satu perkara menarik tentang bidang pengendalian, Yamaha Motor Co., Ltd. adalah syarikat yang membekalkan komponen kepada pengeluar ternama.

Yamaha baru-baru ini mengumumkan Yamaha Performance Damper telah dipilih untuk digunakan pada Lexus NX baharu.

SUV NX 450h+,350h dan 350 F SPORT akan menggunakan komponen tersebut yang berfungsi sebagai redaman casis (vibration damping) pada bahagian struktur utama kenderaan.

Ini bukan kali pertama untuk Lexus, NX generasi terdahulu turut menggunakan Yamaha Performance Damper dan Lexus memang pengguna tegar.

Pada 2020, kami pernah melaporkan tentang LC500 Convertible dan Lexus LC500 menggunakan komponen tersebut.

 

Yamaha Performance Damper Lexus LC

 

Fungsi Yamaha Performance Damper ialah untuk mengawal dan menyerap atau meredam canggaan dan herotan (deformations) dan getaran bagi menjadikan pengendalian kereta lebih baik dan selesa.

Secara spesifik, Yamaha Performance Damper menyerap atau meredam tenaga dan menyuraikannya sebagai tenaga haba (termal).

Asasnya datang dari cangaan semasa kereta dipandu. Canggaan itu berlaku dalam bentuk kecil sahaja iaitu kurang dari 1 mm.

Casis kereta terdiri daripada banyak komponen dengan sifat hakiki mengenyal dan elastik. 

Dengan segala pergerakan dan berlaku pula secara rutin komponen manakah dapat membantu dan mengawalnya?

 

LEXUS NX dengan Yamaha Performance Damper

 

Di sini tugas Yamaha Performance Damper iaitu meredam dan menyerap tenaga canggaan atau herotan dan menyingkirnya sebagai tenaga haba.

Penggunaan komponen dari Yamaha itu menjadikan kereta lebih sedap dan stabil untuk dipandu terutama sekali pada kelajuan tinggi di mana canggaan casis berlaku dengan lebih besar.

Yamaha sebenarnya telah lama membekalkan peredam tersebut.

Sejak April 2004 pelbagai jenis kenderaan menggunakannya dengan jumlah pengeluaran mencecah dua juta unit pada tahun 2020!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Apa sebenarnya fungsi Yamaha Performance Damper?  Yamaha Performance Damper adalah satu…