Lexus NX350h OVERTRAIL 2024, gaya aktiviti hidup luar, lebih tinggi, tayar AT

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lexus NX350h OVERTRAIL 2024
Lexus NX350h OVERTRAIL 2024
Selepas tampil dengan GX OVERTRAIL, kini tiba giliran Lexus NX menerima gayaan OVERTRAIL yang menonjolkan sisi berbeza crossover kompak mewah itu.

Pengenalan tersebut serentak dengan NX yang dinaik taraf dan ditawarkan secara rasmi di Jepun pada 29 Februari.

NX generasi pertama diperkenal pada 2014 sebagai sebuah crossover kompak dengan adunan kenderaan utiliti sukan (SUV).

Diletakkan sebagai satu daripada model utama antarabangsa Lexus, NX dijual di lebih 90 buah negara dan rantau di serata dunia.

NX generasi kedua diperkenal pada 2021 dan jualan kedua-dua generasi setakat Disember 2023 telah mencecah 1.42 juta unit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Lexus NX350h OVERTRAIL 2024

 

Untuk NX 2024, beberapa penambahbaikan dibuat seperti pengukuhan ketegaran badan dan talaan suspensi bagi mempertingkat kestabilan pengendalian dan keselesaan pemanduan.

Kerja-kerja pengurangan bunyi enjin dan penambahbaikan pemanduan turut menjadikan NX lebih senyap selain rasa pemanduan yang nyaman.

NX OVERTRAIL yang baru diperkenal pula sebahagian daripada OVERTRAIL PROJECT dari Lexus.

Gaya OVERTRAIL nampak sebati dengan GX yang rugged namun unik pada NX yang lebih berkonsepkan bandar.U

Ciri-ciri Lexus NX 2024:

Lexus NX 2024
  • Penambahan pendakap bagi menahan canggaan badan belakang dan mempertingkatkan ketegaran badan. Meningkatkan rasa langsung (direct) operasi stereng
  • Penalaan semula suspensi melalui pemanduan yang ekstensif untuk keselesaan tahap tinggi
  • Penambahbaikan kawalan pemandu (NX450h+, NX350h, NX350) dan prestasi pada awal pemanduan untuk permulaan yang lancar dan kawalan kelajuan linear selari dengan injakan pendikit. Menyumbang kepada rasa penyatuan di antara pemandu dan kereta
  • Penelitian semula pada spesifikasi dan suspensi enjin untuk meningkatkan kesenyapan dalaman kereta
  • Penukaran skrin 9.8 inci kepada 14 inci (NX350h, NX250)
  • Penukaran lampu besar LED dan lampu tinggi automatik kepada lampu trinocular LED penuh dan sistem lampu tinggi suai (NX350h F SPORT, NX350 F SPORT)
  • Dua port USB Type-C pada konsol tengah papan pemuka
  • Nyalaan lampu pada pembuka pintu luar
  • Nombor VIN (identiti kenderaan) di bawah cermin depan bahagian penumpang
  • Advanced Park (tanpa fungsi kawalan jauh) dan Brek Sokongan Parkir (NX350 F SPORT)
  • Pendakap lingkungan roda berwarna (NX450h+ L, NX350h L, NX250 L)
  • Warna dalaman Solis White (NX L) dan Hazel (kecuali OVERTRAIL)
  • Warna badan Sonic Copper

Ciri-ciri Lexus NX OVERTRAIL 2024:

 

Lexus NX350h OVERTRAIL 2024

 

  • Direka untuk menonjolkan imej gaya hidup aktiviti luar (outdoor)
  • Mod Trail yang ditambah baik, mengawal gelinciran tayar secara automatik yang cenderung berlaku di atas permukaan tidak rata dan mengoptimumkan kuasa pacuan kepada tayar yang berada di atas jalan (NX AWD)
  • Adaptive Variable Suspension (AVS) yang ditala khusus dan berfungsi dengan mod Trail. Menahan goyangan kepala penumpang di laluan mencabar dan menyumbang kepada kestabilan dan keselesaan semasa pemanduan off-road
  • Jeriji, bingkai cermin, pembuka pintu, perumah cermin sisi dan rel bumbung warna hitam
  • Tayar semua permukaan (AT) untuk pemanduan off-road
  • Jarak kelegaan bumi 15 mm lebih tinggi (1,675 mm) daripada spesifikasi asas bagi meningkatkan keupayaan semasa memandu di laluan mencabar
  • Dalaman dengan warna khusus Monolith
  • Tujuh warna badan termasuk pilihan baharu Moon Desert
Lexus NX350h OVERTRAIL 2024

 

Rangkaian kuasa Lexus NX OVERTRAIL 2024:

NX450h+

  • 2.5 liter A25A-FXS hibrid plug-in, e-CVT, pacuan semua roda (AWD) E-Four
  • 185 ps @ 6,000 rpm, 228Nm @ 3,600 - 3,700 rpm
  • Kuasa motor: 134 kW, 270Nm (depan), 40 kW, 121Nm (belakang)
  • 2,010 kg

NX350h

  • 2.5 liter A25A-FXS hibrid, e-CVT, pacuan semua roda (AWD) E-Four
  • 190 ps @ 6,000 rpm, 243Nm @ 4,300 - 4,500 rpm
  • Kuasa motor: 134 kW, 270Nm (depan), 40 kW, 121Nm (belakang)
  • 1,810 kg

NX350

  • 2.4 liter TS-A24T turbo, Direct Shift 8AT, pacuan semua roda (AWD)
  • 279 ps @ 6,000 rpm, 430Nm @ 1,700 - 3,600 rpm
  • 1,780 kg

Berkenaan harga, siri OVERTRAIL NX ditawarkan pada 7,725,000 yen (RM245,384), 6,876,000 yen (RM218,517) dan 6,506,000 yen (RM206,768).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Lexus NX350h OVERTRAIL 2024