Lexus RC dan RC F 2023, bolt tayar pun diambil kira untuk tingkat pengendalian!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lexus RC350 Version L 2023
Lexus RC350 Version L 2023
Selain kereta coupé buatan Jerman, pengguna turut mempunyai pilihan premium dari Jepun. Tidak lain tidak bukan, Lexus RC dan RC F yang mempunyai tarikan tersendiri.

Enjin yang ditawarkan pula pelbagai, dari 2.0 liter turbo, 2.5 liter hibrid hingga 3.5 liter V6 dan 5.0 liter V8 yang berkuasa tinggi untuk bersaing dengan model Jerman.

RC dilancarkan pada 2014 dan sehingga November 2022, jualannya telah mencecah 74,000 unit di 62 negara dan pasaran di serata dunia.

RC F pula terjual sebanyak 11,000 unit di 57 negara dan pasaran.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Lexus RC F
Lexus RC F

 

Kitaran hayat produk RC masih panjang selepas Lexus mengumumkan RC dan RC F yang dipertingkatkan akan mula diedarkan ke bilik pameran di Jepun pada 9 Januari 2023.

Perubahan yang dibuat bermula dari penalaan sistem, suspensi dan sekecil bolt rim.

Ciri sama untuk Lexus RC dan RC F

  • Bolt hub dengan washer bagi mengikat rim. Prestasi pengendalian ditingkatkan dengan mengukuhkan daya mengikat dan mengurangkan berat tidak berpegas (unsprung mass)
  • Karakterisktik suspensi, Adaptive Variable Suspension (AVS) dan Stereng Kuasa Elektrik (EPS) dioptimumkan untuk menambah baik kestabilan stereng dan keselesaan pada kelajuan tinggi

 

Lexus RC300
Lexus RC300

 

Eksklusif untuk Lexus RC F

  • Semakan semula pada keseimbangan ketegaran di antara bahagian depan dan belakang badan kereta
  • Penambahbaikan pada julat kawalan mod D paddle shift
  • Pakej ini menjadikan pemanduan lebih selesa

Rim Lexus RC dan RC F

  • Rim ENKEI untuk RC F SPORT
  • Rim BBS untuk RC F

 

Lexus RC
Lexus RC

 

Selain pengendalian dan penalaan, Lexus turut mengembangkan lagi fungsi Lexus Safety System +.

  • Penambahbaikan pada prestasi kamera monokular dan radar gelombang milimeter 
  • Fungsi pengesanan penunggang basikal pada waktu siang, pejalan kaki pada waktu malam, kenderaan yang menghampiri dari arah depan sebelum membelok ke kanan di persimpangan dan membelok ke kanan atau kiri
  • Fungsi pengesanan pejalan kaki melintas dari depan
  • Bantuan stereng kecemasan
  • Bantuan Pengesanan Lorong (LTA) yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI)
  • Kawalan jelajah radar dengan fungsi penjejakan kelajuan semua kenderaan
  • Bantuan Pengesanan Isyarat Jalan

 

Lexus RC F Carbon Exterior package
Lexus RC F Carbon Exterior package

 

Perubahan bahagian dalam

Ciri sama untuk Lexus RC dan RC F

  • Sistem multimedia dengan skrin sentuh
  • Rekaan baharu pada bahagian atas panel instrumen
  • Corong penyaman udara sisi bentuk bulat supaya seragam dengan meter, jam, butang penghidup enjin!

Eksklusif untuk Lexus RC F

  • Brek parkir elektronik dengan fungsi penahanan brek

 

Lexus RC F Performance Package

 

Harga dan varian Lexus RC dan RC F 2023

Lexus RC350

  • Enjin 3.5L V6 2GR-FKS, transmisi automatik 8 kelajuan Sport Direct Shift (SPDS)
  • Pacuan belakang
  • RC350: 6,629,000 yen (RM220,258.78)
  • RC350 Version L: 7,141,000 yen (RM237,226.17)
  • RC350 F SPORT: 7,352,000 yen (RM244,077.99)

Lexus RC300h (hibrid)

  • Enjin 2.5L 2AR-FSE dan Lexus Hybrid Drive
  • Pacuan belakang
  • RC300h: 6,262,000 yen (RM207,858.90)
  • RC300h Version L: 6,774,000 yen (RM224,889.83)
  • RC300h F SPORT: 6,792,000 yen (RM225,487.41)
Lexus RC300h Version L
Lexus RC300h Version L

 

Lexus RC300 

  • Enjin 2.0L turbo 8AR-FTS, transmisi automatik 8 kelajuan Sport Direct Shift (SPDS)
  • Pacuan belakang
  • RC300: 5,814,000 yen (RM193,166.78)
  • RC300 Version L: 6,326,000 yen (RM210,205.56)
  • RC300 F SPORT: 6,344,000 yen (RM210,803.68)

Lexus RC F

  • Enjin 5.0L V8 2UR-GSE, transmisi automatik 8 kelajuan Sport Direct Shift (SPDS)
  • Pacuan belakang
  • RC F: 10,580,000 yen (RM351,517.59)
  • RC F Carbon exterior package: 11,380,000 yen (RM378,097.37)
  • RC F Performance package: 14,550,000 yen (RM483,307.21)

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Lexus juga terkesan dengan perubahan trend ini, dan memutuskan untuk menghentikan penjualan tiga…
Berita Global
Toyota GT86 Mk2 akan menampilkan platform TNGA pacuan roda belakang serba baharu yang hadir dengan…