Lexus RZ 450e - kembar bZ4X, Solterra dengan penggayaan tersendiri

oleh Mohamad Hanif|
Platform e-TNGA yang dibangunkan oleh Toyota bersama Subaru tidak sahaja melahirkan model bZ4X dan Solterra, malah ia juga turut digunakan oleh Lexus untuk penawaran terbaharu mereka, Lexus RZ 450e.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berbanding bZ4X dan Solterra yang banyak membawakan persamaan rekaan, Lexus mengambil pendekatan yang berbeza untuk memastikan model RZ 450e ini jauh lebih menarik.

Rupa paras hadapan SUV elektrik ini dimulakan dengan rekaan jeriji yang tertutup, diikuti dengan unit lampu yang tirus (serta DRL signatur Lexus), tirai udara serta skid plate palsu di bahagian bawah.
 

RZ


Jika arka roda bZ4X dan Solterra menampilkan cladding plastik bersegi, Lexus RZ 450e pula membawakan rekaan yang lebih lembut.

Antara perubahan ketara yang boleh dilihat di bahagian sisi adalah tiang C yang sengaja digelapkan, diikuti dengan garis badan yang lebih dinamik, sementara bahagian belakang pula menempatkan bar lampu yang melintang penuh di bawah spoiler belakang.
 

EV


Sama seperti bZ4X dan Solterra, Lexus RZ 450e merupakan SUV elektrik pertama bagi jenama itu yang menggunakan platform e-TNGA.

Mengikut spesifikasi bZ4X, ia bakal ditawarkan dalam konfigurasi motor elektrik tunggal atau berkembar dengan kuasa setinggi 215 hp, serta pek bateri 71.4 kWh yang membenarkan jarak pemanduan sejauh 500 km (460 km untuk versi AWD).

Baca: Toyota bZ4X 2023

Baca: Subaru Solterra 2023

Baca: Platform e-TNGA

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun berkongsi platform, Lexus RZ 450 e tampil dengan imej dan penggayaan yang tersendiri untuk…