Lexus RZ SPORT CONCEPT, SUV elektrik mewah dengan ubah suai ekstrem!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lexus RZ SPORT CONCEPT
Lexus RZ SPORT CONCEPT
Seperti yang diketahui, Lexus berada di dalam liga kereta premium seperti Mercedes-Benz, BMW dan Audi.

Kebiasaannya kenderaan di dalam segmen ini mempunyai reka bentuk yang konservatif cuma tahun-tahun kebelakangan ini semakin agresif.

Sifat konservatif tersebut dikekalkan pada model berprestasi walaupun kuasa enjinnya luar biasa. 

Jenama premium menggunakan gayaan konservatif kerana berorientasikan 'timeless' dan citarasa kelompok pelanggannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Lexus RZ

 

Lexus pula melalui jalan berbeza dan gril spindle benar-benar menyerlah. Lekukan badan pada SUV Lexus juga agresif dengan reka bentuk keseluruhan seperti robot di dalam anime.

Menonjolkan lagi ketidakpatuhan kepada standard kereta premium ialah RZ SPORT CONCEPT yang dihasilkan oleh pelumba kereta Masahiro Sasaki.

Beliau juga terlibat di dalam pembangunan RZ, kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik dan kenderaan elektrik (EV) pertama Lexus yang diperkenalkan pada 2022.

Projek ini dibuat untuk dipamerkan di Tokyo Auto Salon (TAS) 2023. 

 

Lexus RZ

 

Berada di TAS bermakna Lexus mempamerkan potensi RZ untuk diubah suai dan pada masa yang sama merealisasikan masyarkat neutral karbon.

Sebagai sebuah EV, RZ dilengkapi motor output tinggi 150 kilowatt (kw) pada bahagian depan dan belakang.

Ubah suai SUV ini melibatkan badan yang direndahkan sebanyak 35 milimeter (mm) dan penggunaan kit badan aero dengan rekaan agresif.

Rim asal diganti dengan Volk Racing GT090 dan dipadan bersama tayar 295/35R21.

Pada bahagian dalam, Lexus memasang kerusi bucket penuh untuk kedua-dua pemandu dan penumpang di belakang.

 

Lexus RZ SPORT CONCEPT

 

Badan luar menggunakan warna HAKUGIN yang diasaskan daripada warna asas putih jernih dan menghasilkan tekstur yang berkilat di bawah suluhan cahaya.

Riasan biru pula membawakan imej EV selain gayaan sporti. 

Kit badan yang agresif, badan rendah dan rim besar melenyapkan terus imej asal RZ sebagai sebuah SUV.

Sekali atau berkali-kali pandang sukar untuk mempercayai SUV premium diubah suai sebegini. 

Seperti yang dikatakan di awal artikel, Lexus tidak mengikut konvensional sebuah jenama premium.

Penulis: Muhammad Md Tajudin