Li Auto Mega 2024 - minivan elektrik kembar tak seiras Hyundai Staria dari China

oleh Mohamad Hanif|
Sekali imbas, minivan elektrik ini memang mengingatkan kita pada model Hyundai Staria yang sangat futuristik itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, jangkaan awal penulis ternyata salah, kerana ia sebenarnya bukanlah varian baharu atau versi facelift kepada Hyundai Staria.

Sebaliknya, ia dinamakan sebagai Li Auto Mega yang dihasilkan oleh syarikat pemula yang berasal dari Beijing.

Gambar tersebut didedahkan sendiri oleh CEO syarikat, Li Xiang menerusi akaun media sosial rasmi, mendedahkan bentuk minivan yang tidak konvensional itu.
 

Li


Ini kerana tidak seperti minivan lain yang mementingkan ruang dalaman luas, Li Auto Mega ini membawakan garis bumbung melengkung bermula dari bampar hadapan sehingga ke kaca belakang.

Elemen rekaan Staria juga boleh didapati pada bahagian muka hadapan, di mana unit lampu utama diposisikan rendah di bahagian bampar, diikuti dengan bar LED melintang penuh di bahagian atas.

Menurut laporan, Li Auto Mega dibangun menggunakan senibina Whale di mana ia menampilkan pek bateri Qilin CATL yang menyokong pengecasan pantas sehingga 500 kW.

Ini bermakna, pengecasan sepantas 22 minit boleh menambah jarak sehingga 600 km!
 

Li


Berdasarkan bonjolan perumah radar di bahagian bumbung, Li Auto Mega dijangka akan membawakan keupayaan pemanduan autonomi yang lebih canggih.

Pelancaran rasmi Li Auto Mega dijadualkan pada Disember 2023, sebelum ia mula dijual pada Januari 2024.

Harga jualan dianggarkan bermula dari 500,000 yuan (RM324,365).

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan media kewangan China, Jiemian, syarikat itu merancang untuk memberikan bonus…
Berita Global
Untuk tempoh suku kedua tahun ini, Xpeng berjaya meningkatkan jumlah kenderaan yang dijual sebanyak…