Liberty Insurance peroleh AmGeneral Insurance bernilai RM2.29 bilion

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat insurans Liberty Mutual telah pun selesai menandatangani perjanjian pelaksanaan pembelian anak syarikat AmGeneral Holdings Bhd, iaitu AmGeneral Insurance dengan nilai kira-kira RM2.29 billion.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

AmGeneral pada ketika ini dimiliki 51 peratus oleh AmBank Group manakala 49 peratus lagi oleh Insurance Australia Group (IAG).

Tertakluk kepada kelulusan, Liberty Insurance Berhad akan menguasai 100 peratus pegangan di dalam AmGeneral, manakala pegangan AmBank Group pula ditukarkan dalam bentuk gabungan tunai dan saham, di mana ia akan menjadikan AMMB memegang 30 peratus dalam perniagaan LIB dan AGIB.

Gabungan entiti ini dijangka akan menjadi syarikat insurans motor terbesar serta syarikat insurans hartanah dan kemalangan nombor dua dalam pasaran mengikut data tahun 2020.

Cadangan penjualan itu akan turut menyaksikan entiti tersebut menjalin kerjasama bankasurans eksklusif selama 20 tahun dengan AmBank Group.

Liberty Insurance pada ketika ini memberikan perkhidmatan dalam pasaran insurans Malaysia dengan kira-kira 450 pekerja di 24 lokasi cawangan di seluruh negara.

AmGeneral pula menyediakan perkhidmatan insurans menerusi jenama AmAssurance dan Kurnia dengan tenaga pekerja kira-kira 1,400 orang di 33 buah cawangan di seluruh negara.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, Liberty Insurance telah melancarkan InsureMyTesla…
Informasi
  Sama seperti diri kita sendiri, kenderaan juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara…
Informasi
Jadi, apabila sesebuah kenderaan itu terlibat dalam kemalangan dan memerlukan pembaikan, kos…