Liberty Walk Perkenal Versi Toyota GR Untuk Land Cruiser 250 Selepas Debut di SEMA 2025

oleh Qalif Latif|
Land Cruiser 250 terus jadi perhatian dalam dunia modifikasi apabila Liberty Walk kini memperkenalkan satu lagi versi baharu dengan livery Toyota Gazoo Racing (GR). Ini muncul selepas kemunculan awal model tersebut di SEMA 2025, di mana Liberty Walk buat pertama kali menayangkan pakej wide body LB-Works untuk SUV generasi baharu Toyota itu.

Dari SEMA 2025: Fokus Pada Widebody Kit
Di SEMA 2025, Land Cruiser 250 versi Liberty Walk hadir dengan konfigurasi widebody penuh fender bolt-on besar, rekaan bumper hadapan dan belakang baharu, diffuser tebal, side skirt agresif dan spoiler belakang. Unit pameran itu menggunakan livery neutral, lebih kepada menunjukkan bentuk keseluruhan body kit tanpa grafik berat.

Rim aftermarket Vossen dan tayar Toyo Tires turut mengukuhkan imej JDM yang tebal walaupun masih mengekalkan warna pameran yang lebih ringkas.

LW Land Cruiser 250

Versi Baharu: Livery Toyota GR Yang Lebih Agresif
Untuk versi terbaharu, Liberty Walk tampil lebih berani dengan membawa masuk livery 
Toyota GR merah-putih-hitam, menjadikan LC250 ini kelihatan seperti kereta sokongan kepada jentera GT500.

Walaupun asas widebody masih sama seperti unit SEMA 2025, livery GR ini memberi perubahan besar dari segi visual. Bonet, sisi dan bahagian belakang dihiasi grafik GR yang lebih garang, menyerlahkan karakter sporty dan track-inspired.

Rekaan LB-Works Kekal, Identiti Visual Lebih Kuat
Semua elemen LB-Works yang menjadikan LC250 ini unik masih dikekalkan:

  • Fender bolt-on tebal

  • Bumper hadapan dengan intakes besar

  • Diffuser belakang yang lebih berotot

  • Spoiler belakang

  • Arch tayar lebih lebar

  • Rim hitam multi-spoke

Hasilnya ialah “mini G-Wagon JDM” yang lebih radikal dan jauh lebih mencuri perhatian berbanding versi SEMA.

LW Land Cruiser 250

Transformasi Dari Show Car Ke Jentera GR-Style
Perbezaan ketara antara kedua-dua versi ini ialah fokus:

  • SEMA 2025: Tunjuk bentuk kit widebody LB-Works

  • Versi GR: Tunjuk identiti visual Toyota lumba + LB-Works dalam satu pakej

Ini menandakan Liberty Walk bukan sekadar jual body kit, tetapi sedang mengangkat Land Cruiser 250 sebagai platform modifikasi serius dalam komuniti JDM.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Rekaan Overfender dan Wide Body Miura GT versi Liberty Walk hadir dengan kit overfender serta…
Berita Global
Rekaan Lebar Dengan Muka Baru Yang Lebih Kasar Bahagian paling mencuri perhatian ialah muka…
Berita Global
Diproduksikan untuk tempoh dua tahun sahaja, sebanyak 4,392 unit Autozam AZ-1 yang keluar dari…