Liberty Walk sumpah Autozam AZ-1 jadi Ferrari F40 untuk insan kurang inci

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum kehadiran kereta sports kei Honda S660 pada tahun 2015, pasaran Jepun sudah pun lama menerima kehadiran sebuah kereta sports kei berenjin tengah awal 90-an, iaitu Autozam AZ-1.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Diproduksikan untuk tempoh dua tahun sahaja, sebanyak 4,392 unit Autozam AZ-1 yang keluar dari kilang, sementara 531 unit lagi memakai lencana Suzuki Cara.
 

autozam


Tidak dapat dipastikan berapa unit lagi yang masih mampu bergerak di atas jalan raya, yang pasti anda perlu mengeluarkan belanja yang agak mahal untuk mendapatkan kereta sports 660 cc ini dari pasaran terpakai.

Jika anda sudah pun selesai mendapatkan kei car ini, tahniah kami ucapkan, kerana kami mahu tunjukkan kepada anda satu lagi fasa yang perlu anda tempuh - menukarkannya menjadi sebuah replika Ferrari F40.
 

F40


Entah apa yang merasuki setiap insan di Liberty Walk, penulis pun tidak tahu.

Tapi, dengan kos bermula dari ¥2,266,000 (RM73 ribu), sebuah Autozam AZ-1 yang sempurna boleh disumpah menjadi sebuah Ferrari F40 yang kecil.

Kit badan lengkap Liberty Walk itu merangkumi perubahan besar pada muka hadapan, sirip di bahagian hujung bampar, splitter, fender yang telah dilebarkan, diikuti panel pintu serba baharu, siap dengan liang NACA untuk meniru penampilan F40.
 

Az1


Sementara bahagian belakang pula Autozam AZ-1 ini diberikan struktur sayap kekal macam F40, diikuti dengan bampar, diffuser dan tip ekzos tiga corong.

Sayang sekali, unit lampu utama berkembar depan dan belakang itu tidak termasuk di dalam pakej.

Selain daripada kit badan, Liberty Walk turut menawarkan pakej rim tempa LB bersaiz 16 inci depan dan 17 inci di belakang, dengan harga ¥1,430,000 (RM46 ribu).
 

F40


Harus diingatkan, kedua-dua pakej yang disebutkan di atas itu tidak termasuk dengan kos untuk mendapatkan sebuah Autozam AZ-1 dari pasaran terpakai.