Lightship L1 – trailer camper elektrik, boleh bantu jimat bahan api

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada motorhome, campertruck atau campervan, terdapat sesetengah pihak yang gemar membawa kenderaan rekreasi (RV) mereka dalam bentuk trailer yang boleh ditarik oleh trak pikap atau SUV.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Masalah dengan cara ini, ia akan menjadikan penggunaan bahan api yang tidak ekonomikal, memandangkan enjin perlu bekerja keras untuk menarik muatan tambahan di bahagian belakang.

Sama juga halnya dengan kereta elektrik, anda mungkin perlu memikirkan stesen pengecasan sebagai destinasi sementara sebelum meneruskan perjalanan ke tempat yang dituju.
 

L1


Melihatkan kepada keadaan tersebut, dua orang veteran Tesla, Ben Parker dan Toby Kraus menerusi syarikat baharu mereka melancarkan produk pertama yang digelar sebagai Lightship L1.

Lightship L1 merupakan sebuah trailer camper berkuasa elektrik yang mempunyai pek bateri sebesar 80 kWh, di mana kuasa bateri itu boleh digunakan untuk membantu kenderaan penunda memulakan perjalanan atau semasa di atas jalan raya.
 

L1


Ini bermakna, trailer ini boleh ditarik oleh mana-mana EV tanpa perlu mengorbankan jarak gerak asal.

Ia bukan sahaja dikhususkan untuk EV, trailer ini juga boleh digunakan untuk mana-mana trak pikap berenjin pembakaran dalaman untuk pergi lebih jauh tanpa perlu melakukan pengisian bahan api dengan lebih kerap.

Tidak cukup dengan itu, trailer itu turut dipasangkan dengan panel solar berkuasa sehingga 3 kW yang boleh digunakan semasa di tapak bermalam, sekaligus mengurangkan keperluan untuk menggunakan sebarang genset.
 

L1


Dari segi ukuran, Lightship L1 mempunyai dimensi sepanjang 8.2 meter, lebar 2.5 meter, serta ketinggian yang boleh mencapai sehingga 3 meter di dalam mod berkhemah.

Bergantung kepada konfigurasi, trailer ini boleh memuatkan empat hingga enam orang pada satu-satu masa.

Dengan ciri-ciri yang dimuatkan, Lightship L1 datang dengan tanda harga bermula dari $125,000 (RM565,688) dan yang pasti trailer camper ini bukanlah untuk golongan yang mementingkan bajet rendah.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Meskipun sarat dengan bermacam jenis susun atur dan kemudahan, rata-ratanya mempunyai rekaan yang…
Gaya Hidup
Salah satu daripadanya ialah Knaus Tabbert yang sudah pun rasmi menerima penganugerahan Sijil…
Berita Global
Bentuk asal Polydrop ini sememangnya mengingatkan kita kepada model Cybertruck disebabkan bentuk…