Lim Tayar perkukuh kedudukan dengan penawaran perkhidmatan baharu di seluruh negara

oleh Mohamad Hanif|
CKL Group selaku kumpulan perkhidmatan automotif terkemuka kini bersedia untuk mengukuhkan kedudukan di Malaysia menerusi inisiatif Lim Tayar Family (LTF).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menerusi inisiatif ini, lebih banyak kerjasama strategik dan perkhidmatan baharu bakal ditawarkan seperti program perlesenan, pemeriksaan kenderaan percuma dan pensijilan untuk pasaran kenderaan terpakai.

Di bawah program LTF, pemilik bengkel serta penjual tayar dapat memanfaatkan kekuatan dan sokongan jenama Lim Tayar untuk meningkatkan perkhidmatan dan daya saing mereka, selain mendapat lahitan, tenaga kerja dan pemasaran.

Sehingga kini, Lim Tayar memiliki 19 pusat servis di sekitar Lembah Klang dan Seremban.

 


Menurut Clement Lim, Pengarah Urusan Bersama CKL Group berkata, kerjasama dengan penggerak industri merupakan sebahagian daripada norma baharu dalam mengetengahkan kekuatan rakan niaga, serta membina ekosistem yang lebih rancak dan konsisten.

Selain daripada itu, perkhidmatan pemeriksaan kenderaan pecuma dan pensijilan kenderaan terpakai akan ditawarkan di lapan pusat servis Lim Tayar di sekitar Lembah Klang oleh juruteknik Lim Tayar yang terlatih.

Laporan lengkap akan dikeluarkan untuk kenderaan terpakai yang telah menjalani pemeriksaan bagi menyakinkan bakal pembeli bahawa kenderaan telah diperiksa dan disahkan mengikut spesifikasi, serta menyertakan keadaan sebenar kenderaan dengan lebih terperinci.

 


Lapan pusat servis Lim Tayar terletak di Gombak, Seksyen 13 Shah Alam, Sentul, Jalan Klang Lama, Hulu Kelang, SUbang Jaya, Taman Tun Dr Ismail dan Seksyen 26 Shah Alam.

CKL Group turut bekerjasama dengan penggerak industri berkaitan bagi mengembangkan lagi keupayaan dalam bidang pendidikan teknikal menerusi School of Skill.

Juruteknik dan foremen Lim Tayar juga mendapat latihan penuh dari School of Skills untuk memastikan servis berkualiti yang konsisten dan melengkapkan diri dengan pengetahuan teknikal secukupnya.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi program ini, para penjual tayar dan pemilik bengkel akan menerima sokongan daripada Lim…