LIMA 2023 - Pertunjukan aerobatik dari lima negara bakal gegarkan ruang udara Langkawi

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sebanyak lima pasukan aerobatik dari pelbagai negara bakal menggegarkan Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LlMA) yang akan berlangsung pada Mei ini.


Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, setakat ini lima negara telah bersetuju untuk menyertai pertunjukan terbabit.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

 

Beliau berkata, antaranya adalah pasukan dari Indonesia, China, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Korea Selatan dan Rusia.

"Kita jangka LIMA tahun ini untuk segmen pertunjukan udara adalah amat meriah kerana biasanya kalau ada lima negara buat sekali, kita boleh nampak semangat bertanding antara mereka.

"Dalam tempoh dua jam, kita akan dapat satu pertunjukan yang menggerunkan dan diharap cuaca tidak hujan adalah bonus," katanya ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Adilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di Kuala Lumpur pada Rabu.

Meskipun cuaca panas, ia tidak akan menganggu perjalanan LIMA'23, namun Affendi menasihati mereka yang hadir ke pameran itu supaya bersedia dengan membawa payung serta air yang secukupnya.

Selepas empat tahun ditangguhkan LIMA'23 kini kembali dianjurkan oada 23 hingga 27 Mei ini.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
  "Penggunaan dron tanpa kelulusan dikhuatiri akan mengganggu latihan dan pertunjukan udara…
Berita Domestik
  Dalam satu pautan Facebook Jabatan Laut Malaysia (JLM) yang dikongsikan syarikat berkenaan, Sani…
Berita Domestik
  Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, usaha itu perlu dilakukan bagi memastikan ia tidak…